baru 7 weeks perut da macam 5 bulan 😆

sekarang da 7weeks tapi perut macam 5-6 bulan 😂 sebab sebelum hamil saya memang perut buncit dalam proses nak diet turunkan lemak badan. penangan duduk rumah tidur makan tidur makan. awal tahun 2024 saya da berhenti kerja disebabkan nak fokus mengandung sebab sebelum itu saya da keguguran 2 kali. mungkin terlalu banyak kerja ditempat kerja. last saya keguguran awal january. ni anak ke2 beza dengan anak yg pertama 7 tahun. usia pun tahun depan da 39, semoga anak dalam kandungan saya ni kuat berpaut dalam rahim mommy . call KK buat apoinmnt buka buku pink nurse terawal bagi tarikh apoinmnt 😁 6 minggu dia suruh datang klinik nurse tu pun pening. minggu ke 8 hari selasa ni saya da jumpa doctor untuk scan. semoga semuanya ok sahaja. saya tak scan lagi sebab pengalaman yg lepas terlalu teruja tiap 2 minggu saya scan klinik lain2 end up tak ada rezeki. semoga kandungan saya bila scan nanti baik2 sahaja. doakan saya ye mommy2.. 2 hari ni emosi saya kurang stabil disebabkan perbalahan saya dengan suami. saya sabar je sebab saya ingat ada baby dalam rahim. tak nak pikir sangat takut kandungan terjejas. saya sekarang tengah healing me time tenangkan diri perbanyakkan zikir.

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Semoga dipermudahkan urusan awak. Saya sekarang 11 week tapi perut kempis. Muka cengkung disebabkan byk muntah, alahan. makin kurus pula 😅. tapi jgn mintalah kurus cara mcm ni.. seksa nak muntah beberapa kali dlm sehari.. semoga kandungan kita baik2 sahaja hendaknya 🤲

Semoga Allah SWT mempermudahkan semua urusan sis Dan kandungan ye.. aamiin