Hb rendah xtau mcm mana nak buat lagi

Sedihnya saya harini checkup hb turun lgi. Dari 9.7 jd 8.7 . Padahal semalam dh mkn kerang, pg td dh mkn kurma. Sy tak faham badan sy ni. Sy tak tau mcm mana lg nak buat hb sy naik. 2 minggu ni sy x skip mkn jambu batu. Mknan selalu ada protein. Jambu batu, pati delima, kurma, kacang , sayur banyak lgi. Tp still xnaik juga 😭

50 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

jangan salahkan diri. sy pun dalam keadaan sama, kk pun confuse sbb ubat macamΒ² dah tukar. pemakanan macamΒ² dah makan. resultsnya menurun pulak hb sy. tp ikutkan history dulu, nak derma darah mmg tak lepas sbb hb rendah. so bila pregnant, mmg akan lg turun sbb kita supply extra for baby. Dr decides buat blood analysis, dapat results yg sy ada alpha telesemia. then proceed dengan DNA test utk check status telesemia. results masih pending cuma sy keep on ikhtiar cuba try minum air rebusan kurma merah secara consistent. boleh campur gula merah sikit. nak mudah, consume air supercube (red dates & goji berry). sy dah hujung pregnancy baru naik hb sikit ke 11.1. protein pulak amalkan daging merah instead daging putih. jangan terlalu berharap kita amik supplementary food tu akan naikkan hb segera. protein ada tp rupanya makanan kita tak lengkap nutrisi, no fruits/ veggies, fat tinggi etc. and just because kita dah makan sesuatu, results takkan cantik dalam masa terdekat. jangan stressΒ², jaga diri ya mommy.

Baca lagi
2mo ago

Sy tak pastilah org lain, lepas sy consume seminggu mmg bacaan hb naik mendadak Alhamdulillah dengan izin Allah. Ikhtiar selagi boleh. Hb sy naik pun masa kandungan dah 38w Supercube guna molasses. Non caffeine. Kalau nak cuba boleh je. If not, boleh buat air rebusan kurma merah

biasanya pil naik Hb perlu diambil ketika perut kosong. Gap 2 jam selepas makan pil, baru boleh makan mknn berat. pengalaman anak 1st: zincofer, makan sebelum tidur, Hb x naik, tapi bila 3rd trimester, Hb akan naik. pengalaman 2nd baby ni: awal pregnant Hb semakin drop,sy makan zincofer sebelum tidur. Then Dr tukar kpda iberet, dan saya tukar gaya pengambilan pil: 530am (confirm perut tengah kosong awal pagi,kan) untuk mkn pil, 730am baru makan breakfast berat. kalau lapar sangat, makan buah/kekacang dulu dlm tempoh 2 jam tu. Alhamdulillah, bacaan Hb saya naik. disamping amalkan Puan amalkan makan buah, kurangkan kopi, chocolate (teringin makan boleh, tapi kuantiti siikiitt) harap dapat membantu Pn.

Baca lagi

memang kadangΒ² ada orang macam tu . macam saya setiap kali awal pregnant sampai la hujung trimister 2 mesti hb low ,low sampai ambik darah feretin pun 7 je tinggal. tca dengan kk setiap seminggu sekali plus tibaΒ² bp high . memang letih. tapi nanti dah masuk trimester 3 semua kembali normal . kita makan je apa yang membantu untuk naikkan hb walaupun hb tu susah nak naik .sebab semakin besar baby kita semakin banyakla iron ,calcium baby kita akan ambik . so dont give up & enjoy your pregnancy .doa yang baikΒ² ,fikir yang positif ,insha Allah semuanya akan baik .

Baca lagi
2mo ago

Mmg ferritin 7 je ke?? Sy 73.7 . Ke sy salah tgok

Ada minum teh atau kopi tak? Selalu kalau minum teh dengan kopi ni dia mengurangkan penyerapan iron tu. Macam saya, saya tak boleh zincofer. Minum dengan sunquick pun muntah. Jadi saya amik maltofer. Dia ada folic acid, dia pun ada iron untuk naikkan hb. And saya pair dengan iberet. Kadang pemakanan/minum awak buat penyerapan iron tu berkurang. Saya mengandung memang saya terus tak Minum caffeine. Sebab misi kata dia punya penyerapan iron & folic berkurang. Lepas tu banyakkan rehat. Jangan penat.

Baca lagi
2mo ago

Awak kena avoid kan chocolate, milo, kopi, nescafe, teh, matcha, greentea sepanjang pregnancy. Ni semua ada caffeine yang boleh sekat penyerapan folic & iron

sya skg pregnant kali ke tiga, mmg asal pregnant je hb rendahπŸ˜…πŸ€£ smpai dh lali dh mkn smua bnde, tp selagi mak tkde rse pitam atau loya, pening2 lalat tu kira okay lh, sy msa first n second pregnancy hb mmg rendah tp tkde pening smua tu, cuma prengnant yg ketiga ni ade mslh pitam, loya semua, smpai kne msuk air zink kt dlm bdnπŸ˜… kdg time pregnant je hb rendah lps bersalin okay je

Baca lagi

Saya pun waktu checkup hb tak naik. Firts check hb 9 , kedua 9.1 . Pastu 9. Bila dah masuk Tm2 doc dan misi risau . Pstu kena soal dgn misi β€œada minum air sejuk ke?” Saya ckp tak sebab takut kena ceramah HAHAHAHA saya stop minum air sejuk dgn ais batu, lepas stop minum hb naik 11.7 . Skrg alhamdulilah 12.7 . Dulu kerap minum ais batu sejuk. Benda manis macam coklat better stop dulu .

Baca lagi
2mo ago

Bukan tak bole sebenarnya bole je tapi jangan kerapla, sebab saya pun hb low ada anemia . Kali ke 4 checkup hb masih low masih hb 9. Saya dulu kerap makan ais batu dgn air sejuk . Pstu saya pun stop risau jadi apa” sebab berbadan 2 .

cuba makan ikan bilis, hati ayam atau bayam . ikhtiar ja.. saya makan ketiga² kat atas ni msa ank prtma hb 8 saja naik ke 13 terkejut jugak .. anak ketiga skrg saya xblh nak telan hati ayam pla jdi makan ikan bilis dan bayam ja hb 12 11 turun naik gitu ja .. kita ikhtiar saja mana² ya .. mntau boleh naik .. semoga awak dan baby sihat² ja .😊

Baca lagi

awk sy pun byk makan jambu dgn kurma.. masa buka buku hb cntik je 12.5 next appointment hb 11.8 turun sikit pun misi dgn doktor dh cakapΒ².. gula low, berat pun turun. buat sy lgi stress fikir pasal ni πŸ˜ͺ sy buntu pasal nk makan apa sebab selera belum ada sangat. mkn B complex pun tk mmbantu utk tingkatkan selera makan

Baca lagi

Sy pun hb low.. Sy mkn iron tab 2pg 2mlm Alhamdulillah berkesan utk sy minum dgn jus pati delima.. hb naik dr 10.8 ke 11.6.. stop kopi walaupun coffee lover seminggu or 2minggu sekali bila teringin br minum tp disebabkan dah mula cut sugar so x berapa nk kisah minum or x kopi

kalau saya, hari hari lauk telur mata dengan bilis goreng je makan dengan nasi kicap. alhamdulillah serasi pulak. hb nampak la naikπŸ˜…. bila makan yg org suggest tu semua takjalan. sama je. huhuu. tapi sambil tu minum jugak pati delima dengan susu kurma farmfresh.