luahan hati

saya umur 20 , suri rumah , anak 1 . time umur 18 saya dapat matriks 1 tahun pengajian (2sem) tapi cuma habis 1 sem . lagi 1 sem saya tak habiskan . then saya kawin dan dapatla anak sorang . cuma tulah , diusia muda ni kan rasa menyesal pula tak habiskan study matriks . sebab apa , orang perempuan ni first sekali orang pandang pendidikan dia . kedua , kau kerja apa . paling paling pun kalau jadi suri rumah yang berpendidikan orang pandang jugak . tapi ni apa pun takde memang orang pijak pijak je kan . saya ada niat nak sambung belajar fully online under oum . tapi saya belum mampu . saya tak bekerja jadi saya takut suami tak mampu . saya pernah berbincang dengan suami . dia pun cakap takut tak mampu nak tanggung kos belajar saya nanti walaupun boleh mohon ptptn . tapi saya jugak ada part time beberapa hari sebelum ni , jadi admin . kerja ni dah okay dah . dekat jugak dengan rumah saya , jalan kaki pun boleh . kerja pun bulan puasa ni cuma 5-6jam . tapi tulah , anak saya 6bulan lebih dah tapi dia fully bf . aritu cuba sulamkan dia dengan fm tapi tulah meragam je pulak kena tinggal tambah lagi dia nak tumbuh gigi . memang mak saya pun tak larat nak jaga katanya . saya pun takut pulak akak tu tak suka cara kerja saya sebab ada anak kecik ni tak dapat nak bagi full komitmen biarpun tempat kerja dekat je . selain tu , saya pun ada mohon kerja full time as a clinic assistant . harini patut interview . tapi saya batalkan niat saya sebab yelahh kerja part time pun saya tak mampu bagi komitmen apatah lagi kerja CA yang ada shift tu nanti . lagilah kelaut kan 🥹 niat asal saya sebenarnya nak kerja sekejap je untuk cari duit daftar belajar tu lah . tak banyak pun yg saya perlukan untuk daftar tu sebab yang lain lain kos nanti saya boleh mohon ptptn dan semestinya beberapa tahun kedepan saya akan kerja sebab anak dah besar kan jadi saya takda masalah untuk bayar ptptn tu semula . tapi takpelah mungkin ada rezeki lain untuk saya . saya akan kembali jadi SAHM sepenuhnya sahaja lepas ni . tunggu anak besar sikit la nanti kan . hati ni jeles sebenarnya tengok kawan kawan dah habis stpm , dah separuh perjalanan degree dorang sedangkan kita ni hah kena mula diploma balik sebab tak habis matriks . sungguh ruginyaa rasa dalam hati ni . terima kasih ibu ibu semua sudi baca luahan hati saya . doakan family saya murah rezeki selalu . saya juga doakan kalian semua murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan . selamat berpuasa semuaa 🤍 #firstmom #Needadvice

18 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Big hugs for you dik❤️ Saya alumni OUM, habiskan diploma dalam tempoh 6 tahun. Kena gelak kena sindir tu biasa. Tahan & sabar, sebab sedar diri ni tak mampu macam orang lain. Dulu pernah jugak study kat KL, dapat biasiswa. Disebabkan nak jaga ibu sakit masatu, kuburkan segalanya. Sampailah ada peluang masuk OUM. Slowly saya menapak sendiri. Apply ptptn even kadang sangkut2 payment. Usaha kerja untuk kumpul duit kwsp, sebab boleh bayar guna acc kedua. Memang tak mudah awak..last semester sarat mengandung & Alhamdulillah rezeki dapat graduate jugak akhirnya after 6 years. Time graduate tu tengah berpantang baru 2 minggu bersalin tp kuatkan semangat jugak. Even bukan graduate with flying colours, tapi bagi diri sendiri itu dah cukup lebih & sangat berharga sebab proses kita tak sama dengan orang lain kan🥰 Sekarang anak nak masuk dua ingat nak sambung degree tapi kudrat macam tak mampu. Saya pun SAHM jugak, tp dalam masa sama saya buat je affiliate tiktok sambil2. Tak banyak tapi ada. Jadilah buat rasa-rasa😅 Itupun orang pandang kita ni mcm dok goyang kaki kat rumah🥲 Sedih, kawan2 pun takde sangat dah sekarang tapi takpe enjoy je life. Buat2 happy🤭 InshaAllah awak slowly ok? Buat istikharah, cari kekuatan semula.. Jangan hiraukan sekeliling yang negatif walaupun awak kena lalui nya.. Ingat, tak selamanya kita gagal. Allah dah susun cantik2 hidup kita, one fine day DIA pasti bagi. Cepat atau lambat je. Just ikut perancangan Allah ya☺️

Baca lagi