suami pukul kepala saya sampai cedera

Saya tengah mengandung 4 bulan, then suami pukul kepala saya sampai cedera, dia baling guna pinggan kot. Apa saya kena buat 😭? Boleh ke bercerai semasa mengandung? Saya fikirkan emosi saya je sekarang ni. Saya taknak baby saya dlm perut ni stress. 😞

18 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Hukum menceraikan isteri sewaktu dalam keadaan hamil ialah HARUS, tidak haram & tidak juga makruh. Iddah bagi wanita hamil yg ditalak adalah sehingga dia melahirkan kandungannya. Isteri yg sedang hamil layak mendapat kemudahan-kemudahan seperti perempuan yg diceraikan dengan talaq rajie, iaitu makanan, pakaian, tempat tinggal & apa-apa perbelanjaan lain yg patut. sebarang urusan berkaitan ''PENCERAIAN'' hendaklah dirujuk kepada mahkamah Syariah sebagai pemegang kata putus & selaku pihak yg berautoriti dalam urusan undang-undang keluarga Islam.

Baca lagi