hi saya nak luahkan perasaan dan tanya pendapat 🥲 suami tak mampu nak bayar bil hospital swasta.

saya skrg dah 5 bulan mengandung dan saya nak tanya pendapat mommies kat sini, selalunya kalau kita aim nak bersalin kat hospital swasta, tapi suami tak mampu dan dia hanya mampu untuk bagi saya bersalin kat hospital kerajaan, macam mana nak buat eh? saya bukan nak pandang rendah kat hospital kerajaan. cumanya kan, untuk anak pertama ni saya berharap sangat untuk bersalin kat swasta dan suami masa awal2 saya pregnant dulu dia kata boleh je nak afford bersalin kat kpj. lepastu skrg ni, bila saya macam bagi suggestion kat dia hospital lain yg swasta tapi harga berpatutan (sbb saya pun mmg nak ringankan beban dia lah) then dia cakap tengok macam mana 🥲 saya tak tahu nk rasa apa skrg ni. sebab saya dah expect yg saya akan bersalin kat hospital swasta. so persoalan saya, mommies kat sini yg ada husband tak cukup budget untuk bayar hospital swasta, macam mana awak terima kenyataan tu dan awak kena juga bersalin kat hospital kerajaan sbb husband tak cukup budget? atau ada ke mommies kat sini yg keluarkan duit sendiri untuk bersalin kat hospital swasta? #bantujawab #ingintahu #firstmom

145 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

bagi saya ukur baju di badan sendiri..Rasa mampu silakan..kalau tak mampu,gov pun dah cukup bersyukur.. kalau setakat cukup² je baiknya fikir habis² sebabnya bila anak keluar nanti lagi banyak kewangan yang diperlukan..tu belum lagi kalau baby keluar tiba² ada masalah..dah tentu nya lagi berganda kosnya..time tu suami pun terpaksa ambil cuti tanpa gaji..so, buat la pilihan yang bijak.. saya dah 4 kali bersalin di gov.. Alhamdulillah tak pernah lagi dapat pengalaman yang mengerikan..waktu nak push baby pun siap dapat sokongan dari nurse²..layanan pun baik².

Baca lagi
1y ago

sama mcm sy jg sis🥰4 ank brsalin di HOS GOV..syukur, Tuhan permudahkn semuanya..🙏