145 Balas

Bagi saya la sis. Ikut kemampuan. Macam sis cakap ni anak kedua kan? Jadinya nak tanya sangat keadaan sekarang dengan anak pertama tu cemana kewangan? Kalau terlebih stabil sampai husband boleh saving banyak gila2 beribu2 memang tak de masalah pon. Tapi kalau kewangan sis sekarang struggle sangat2 atau cukup2 makan je lebih baik tak payah. Sis bekerja ke suri rumah saja? Kalau bekerja sis boleh je kawtim dengan husband tambah sikit duit sis. Tp kalau sis surirumah dan sepenuhnya bergantung dengan gaji suami. Sebaiknya beranak je la gov. Suami ni bukan dia tak nak bagi terbaik kat isteri dia. Tapi dorang pikir masa depan. Nanti anak dah nak dua orang. Makan baju semua banyak nak guna. Lama lagi nak hidup. Tak salah rasanya kalau kita sebagai isteri bertolak ansur sikit. Cuba sis bayangkan suami terpaksa jugak bagi sis beranak swasta pastu tetiba kewangan lepas beranak anak kedua ni tak okay. Struggle nak cari duit. Kan kesian sangat. Dah jadi isu lain2 nanti. Tak pe sis. Hospital gov pon okay je. Ikut kemampuan yea.

anak pertama kan dia cakap..firstmom.

sis..sy pon teringin..n berangan2 nk bersalin swasta ...tiap kali lalu dpn hospital pantai ckp dgn husband..nk bersalin sini,kdg gurau dgn dia..tu block b tu ward sy nnti bersalin..tp bila ramai yg ckp..kalau g swasta beranak normal ok lagi harga dia..kalau tiba2 emergency czer ke,ank kuning ke,ibu ade prob ke..bertambah2 ongkos ..iols pon redha je bersalin gov..alhamdulillah ramai dr pakar kt gov,sy bukaan da 5cm,air ketumban da pecah..dr taya nk normal ke czer..sy kata mna yg terbaik..then dr ckp kita tunggu dulu bukaan..kalau baby ok kita tunggu..lps da tunggu 1jam mcm tu..dr tadi panggil pakar check..pakar trus soh tolak bilik czer..kalau x baby lemas nnti..alhamdulillah selamat baby keluar xsmpai stgah jam masuk bilik bedah..cuma kena tahan nurse jela mulot laser..yg lain sume xde mslh kalau beranak gov..kalau duit saving melimpah ruah xtau nk buat apa bole la g swasta,kalau duit cukup2 bajet je..branak je gov..byr rm160 je utk 3hari 2mlm n czer..

Biasa org nak bsalin ni fikir mcmana nk mlahirkan, scan baby tgk sihat sempurna ke tidak. bukan sibuk mikir masalah dimana nak melahirkan😷 saya bersalin october 2023, anak pun dh 1year, fuhh for the first one year kan sis, banyakkk lagi perlu cakna besides melahirkan kt swasta kee gov kee, breastfeeding,sleep training,mental keaping, baby first solid, ada baca semua tu dah? Sibuk2 kan diri dengan ilmu, kita ni jadi bini bukan kene reti demand saja, give n take, takkan smpai laki nak berhutang? Sampai laki sis simpan susah dia semata nak tunaikan bsalin swasta tu? Kalau emergency czer sangkut tk boleh bayar mcmana? Ada fikir? Elok2 tgh baik saja dgn laki, boleh jadi gaduh je laki bini kalau dipanjang2 kan isu nk beranak mana ni.. nak sambut baby kan, yg penting anak tu sihat, maafla saya mmg tk boleh brain dengan soalan hujung terutama ‘mcmana terima kenyataan’ , bersyukurla sis..duduk la muhasabah diri jap

ikut kemampuan, jgn ikut kehendak.lps bersalin byk lagi nak guna duit. sy pon 1st mom tapi sy lebih pentingkan keselesaan selepas bersalin. baik byr CL dari byr kt hospital private utk bersalin😂. anything yg x dijangka berlaku, private akn refer kt hospital gov jgk. ni pendapat sy. 🤍

I tak kena tolak gov pun time ada complications nk bersalin.. Gynae explain possible risks during op.. RN explain estimated cost.. Then they asked to proceed or nk ke gov.. If proceed sign & tambah depo.. They didn’t look like nk jaga reputation or what.. I proceed je & all done.. Bill 20k

Sis survey je hospital kerajaan terdekat. Kalau nak selesa sikit cari hospital baru. Mcm hospital lama mmg la mcm asrama susun katil berderet tp hospital baru skrg dlm satu ruang tu tak ramai sgt dah, paling2 8org kelas ke3. Nak upgrade kelas 1-2 (4-2katil) ikut availability tu pun tak mahal sgt. Survey la cuba cari gmbar kat internet kalau ada. Sy duduk tgh2 Petaling Jaya, semua hospital kerajaan 20km+ jauhnya. Minta dgn suami nak g PPUM je smpai dah 30w dia tak buat keputusan akhirnya terlepas booking. Akhirnya sy ikut je la bersalin kat HTA, letih la nak ulang alik. Bila dia busy sy yg kena travel sendiri naik public transport, ikut angin sy naik la lrt angin baik sy naik grab. Kalau ikut merajuk sy mmg ckp nak bersalin kat rumah je. Sis boleh juga try survey FPP. Bersalin di private ni paling2 kena ada 10k, mmg kita nmpk promo RM2500-3000 tp tu kos bersalin je. Kos lain2 ubat2 alat2 wad tu semua lain.

suami sy sis trlebih mampu nk bg sy bersalin swasta lagik la sy ni bersalin czer. huhu tp sy pilih ppum sbb ok sgt dah . selebihnya sy minta suami beli stoller harga 2k carseat baby harga 1k upah cl 30day yer. masa sy dlm pantg ank2 hantar dekat pengasuh wlpn sbnrnya sy xbekerja pn. ank sy dua tu dah besar 10tahun & 6 tahun balik sekolah terus ke pengasuh. atas pengalaman kawan bersalin dekat hospital al islam kg baru. 3hari dah turun tanda tp xbersalin. belom barsalin lagik kos hospital cecah 9k. bile trpaksa czer husband dia nk arrange ambulans ke hkl sbb doc mmg xbg bawak pesakit sndri. kos nk bawak ke hkl tu serupa baik dia czer dekat swasta yer. so total costing dia 23k sbb trpaksa jugak bersalin czer dekat situ. kalau rase nk bsalin swasta stnby dlm 30k sbb incase czer xla meminjam org pulak nnti. sbb kite bukanny blh tau normal ke czer.

Pengalaman saya anak 1st bersalin di swasta. Masa tu pilih swasta sebab nak doctor n bidan perempuan. Tak nak terima rawatan dari lelaki. Kalau tengok pada kos memang mampu milik. Bersalin normal RM3000. In shaa Allah lebih dari mampu. Tapi takdir Allah tertulis lain. Bukaan stuck dekat 7cm selepas 12 jam contraction. Terpaksa emergency ceaser. Ya doctor bagi pilihan nak proceed atau nak ke hospital kerajaan. Seksa nak tahan sakit tu, percayalah kita tak akan pilih hospital kerajaan sebab akan ambil masa lagi diorang nak hantar. Saya menangis minta maaf dengan suami sebab saya tahu kos Ceaser sgt mahal. Total semua termasuk jaundice anak 3 hari 2 malam dan saya terpaksa bermalam lebih sehari sebab Ceaser, RM12,000++. Kalau sis rasa sis dah bersedia untuk sebarang kemungkinan, proceed lah niat nak bersalin kat swasta tu.

Kalau betul mampu, go for it. Kalau husband 50/50 mampu, terima dgn redha sis yg penting deliver dgn selamat. Husband sis banyak nk fikir bab duit, lepas bersalin lagi banyak nk guna. Saya aim bersalin hospital pakar swasta tp after buat research saya bgtau husband kena standby at least 20k. And yes, saya emergency czer bil almost 15k. Tp sebab saya mmg tahu his financial conditions, dia mampu so saya selayaknya demand. Kalau dia tak spend duit ke saya pun dia akan spend duit modify kereta (ada 2 & plan nk ada yg ke 3 tp duit dah labur ke hospital huhu kereta banyak2 nk buatpe). So you know your husband’s financial level. And saya pun give & take juga, ambil cl sebulan guna my money so husband tak lah bingung nk urus saya & baby as a first time daddy. Makan dia pun terjaga coz cl masak dinner sekali.

Sy pun awal2 preg mcm sis jgk. Suami beria ckp nak sy bersalin hosp swasta. Siap bg sy simpan 1k sebulan. Tp sy yg cakap sy xkisah hosp kerajaan pn. Sbb sy fhm bnyk lg nk pakai duit lepas bersalin. Gaji suami pn ckup2 je. Bukan level t20. Plus sy takut bila bersalin kt swasta dgn bajet yg ada, tetiba ada masalah lain yg boleh melebihi bajet. Kita merancang, Allah pun merancang. Sempat 3 bulan je suami bg simpan duit utk bil hosp, tetiba ada masalah dgn tmpt keje n gaji. Sy nmpk suami kecewa sbb dia nak sy selesa. So sy harap sis berlapang dada jgk. Mgkin ada masalah yg suami xboleh ceritakan kat sis. Mgkin suami sis pn kecewa tak dpt penuhi kehendak sis. Kalau ada GL, cuba la guna kt hosp kerajaan pn blh dpt first class. Pun ok jugak. Ikot kemampuan atau sis boleh guna duit smdiri dlu.

benda snang je wak..xpyh nak rumitkan keadaan..nnti buat stress je.ukur baju dibadan sndri ikot kmampuan sdri..kalau suami rasa xmmpu kita ikoy je wak..kesian kat suami nnti..lagi pom brsalin ni dduk hspital kejap je dah buang dt kat situ.dt tu lps baik simpan kot ada emergency lps brsalin nnti.saya pom mcm awk jgk tau.dah set dlm kpala nak brsalin kat swasta sbb nak slesa .tp bila pk2 balkk tngk kwn yg dah brsalin lg bnyak nak pakai duit lps brsalin nnti..depan hri kita xthukan apa nak jd..so sya ubah baik brsalin dekat hspital kerajaan je lg jimat..dt tu blh simpan n guna kot lps brsalin nnti..so jgn nak stress2 bnda kecik je.yg pntg brsyukur slalu..btw saya pom firstmom🫣dde date saya 4.12 ni.apa2 moga2 urusan kita diprmdahkan sgalanya baby n mak dua2 selamat tu yg pnting🤗

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan