buku pink swasta

saya nak tanya mommies yang buka buku pink di klinik swasta anggaran berapa perbelanjaan setiap kali checkup ya? nak ke kk tapi kekangan masa plus kk tempat saya ni penuh dengan orang. first time mom

12 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Kalau saya buka buku pink di UniKlinik RM190 (permulaan) then kena standby RM100 ๐Ÿ˜Š kadang less than RM100 payment review every months ..tapi apa-apa pun memang kena ikut keperluan & kesihatan si ibu ๐Ÿ˜„ dan klau nak add on service macam contoh nak buat Detail Scan baby lain charge nya atau ubat supplement dari doctor. Kalau ada duit lebih pergi jer klinik swasta ๐Ÿ’“ jimat masa especially kalau bab timing ๐Ÿ˜Š kat kk pun ok juga.. dua-dua ada pro and cons. All the best and enjoy your pregnancy journey โœจ

Baca lagi
4w ago

tq so much siss

saya skrg tgh jalan checkup swasta sbb penat nak pergi kk terlalu ramai dan waktu tu yg tak mengizinkan.. dh rasa masa last pregnancy dekat kk jd mcm pregnancy kalini saya ke swasta..misi pun suggestkan yg mana mampu silalah je swasta ..so far dah 32weeks ... 1. buka buku pink rm180 2. anc setiap bulan rm90-rm120 3. kalau kena minum air gula/ada masalah lain dan sebagainya akan caj lebih lah .. so far bg saya berbaloi

Baca lagi

Setiap kali check up harga memang berbeza sebab ikut keperluan ibu waktu tu, contoh kalau kena ujian darah untuk talasemia, harga dah jadi mahal. Sesetengah klinik swasta ada pakej untuk antenatal check up, rasanya lagi murah ambil pakej berbanding bayar untuk antenatal check up biasa. (Contoh, 8 kali check up + breastfeeding consultation + vaccine RM1,200.). Sis kena banyakkan buat survey dan tanya admin clinic tu.

Baca lagi

Saya pun check up swasta untuk anak 3, 1st and 2nd dekat kk. Sebab malas nak suruh suami cuti untuk jaga anak nanti. So far saya check up dekat ajwa, ada 3 pakej. Saya ambik yang tengah. And yang best boleh bayar ansuran untuk harga pakej tu.

Post reply image
4w ago

Ini untuk bayaran ansuran.

Post reply image

Saye buat kat uniklinik. Buka buku pink rm195. Sebab datang hari ahad kena cas weekend rm9. Dah dapat scan 2d + vitamin mengandung (maltofer). So total dalam rm 204 Checkup seterusnya anggaran dalam rm 100-250

Baca lagi

buka buku 180. and setiap bulan 110 termasuk ubat dah checkup biasa yea, bila ada checkยฒ kesihatan yg lain caj pun 150,170,dan 250 skli mnm air dah ni, berbaloi bagi sy sbb x yah tunggu lama ๐Ÿ˜Š

klinik tempat saya setiap Kali checkup biasanya RM120 kalau xd masalah. kalau ade tambahan ubat atau awal2 tu alahan nak kena masuk air atau kena cucuk vaksin ada kos tambahan.

lain klinik lain harga, tp atleast skali checkup boleh up to 300++. harga scan lain, harga check darah lain. kne tnye klinik yg sis nk bukak buku tu

Average per checkup RM150-RM300. Nak lagi senang awak boleh tanya terus admin klinik yang awak nak pergi tu.

saye mula buku pink 190,dah test urine ambik darah dan scan ,tambah ubat tambah darah dgn folic acid