Hidup bersama mertua

Saya dan suami tinggal bersama keluarga suami. Suami saya tidak membelanjakan barang dapur dan tidak membayar bil elektrik. Sebagai gantinya, suami membayar kereta rm700 sebulan. Kereta tersebut suami beli daripada bujang lagi untuk kegunaan keluarganya dan kegunaan sendiri (cara suami membantu keluarganya). Oleh sebab suami tidak belanja barang dapur, saya makan apa yang disediakan ibu mertua. Suami juga memberi nafkah rm100-200 sebulan untuk sukahati saya nak buat apa. Namun apa yang buat saya tertekan adalah..... Sebagai contoh isi rumah ada 8 orang tapi ibu mertua sediakan sarapan untuk 3 orang sahaja. Siapa cepat dia dapat. Kadang saya perlu bertolak ansur dengan adik-adik ipar, berkongsi makanan dengan suami atau berlapar hingga tengah hari kerana makanan sudah habis. Contoh kedua, saya tidak makan makanan laut. Kadang kala tiada bekalan ayam jadi saya perlu makan telur untuk seharian. Bukan tidak bersyukur dengan semua ini kadangkala saya ingin makan makanan yang saya inginkan. Saya bukan taknak masak tapi barang dapur terhad. Takkan lah pada hari mertua saya masak ikan,saya nak masak ayam merah 2 ketul untuk saya je, mestilah sekurangnya setengah ekor kalau tak lebih baik ayam goreng sahaja. Jika masak lebih tidak habis pula nantikan barang dapur tu boleh digunakan untuk esok. Rasanya bole ke saya suruh suami saya lepaskan je tanggungjwb bayar kereta tu kepada ayahnya. Sedangkan tu isteri dia guna juga. Kalau suami saya tak bayar kereta tersebut mungkin kami boleh duduk dirumah lain sewa rumah dan beli barang dapur sendiri..............#pleasehelp

16 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Kereta tu atas nama siapa? Kalau atas nama husband dan husband guna, biar saja la die byr. Awak da pregnant nie nk gerak mana2 mesti nk pakai kereta juga kn, even dah ada anak nnt nk pakai kereta juga. Just think for future. Dan bab makanan tu sy rasa husband awak boleh spend sikit dlm grocery untuk makanan awak. Maybe beli ayam seekor or 2 ekor just untuk awak sorg je. Suruh husband ckp dgn mak die yg awak mmg x mkn ikan, n everytime dorg masak ikan, awak masak ayam awak tu. Dan apa2 makanan kering awak contoh susu, buah, snacks, suruh husband yg beli. Tu tanggungjawab die. Lg 1, mcm snack, susu, even buah, awak simpan senyap2 dlm bilik. Awak dan husband beli simpan terus dlm bilik. Sbb awak kn preggy perlu mkn jgn biar perut kosong. Memang mencabar berada dlm situasi ini. Insha Allah ada rezeki lebih untuk awak dan suami okay.

Baca lagi