Hidup bersama mertua

Saya dan suami tinggal bersama keluarga suami. Suami saya tidak membelanjakan barang dapur dan tidak membayar bil elektrik. Sebagai gantinya, suami membayar kereta rm700 sebulan. Kereta tersebut suami beli daripada bujang lagi untuk kegunaan keluarganya dan kegunaan sendiri (cara suami membantu keluarganya). Oleh sebab suami tidak belanja barang dapur, saya makan apa yang disediakan ibu mertua. Suami juga memberi nafkah rm100-200 sebulan untuk sukahati saya nak buat apa. Namun apa yang buat saya tertekan adalah..... Sebagai contoh isi rumah ada 8 orang tapi ibu mertua sediakan sarapan untuk 3 orang sahaja. Siapa cepat dia dapat. Kadang saya perlu bertolak ansur dengan adik-adik ipar, berkongsi makanan dengan suami atau berlapar hingga tengah hari kerana makanan sudah habis. Contoh kedua, saya tidak makan makanan laut. Kadang kala tiada bekalan ayam jadi saya perlu makan telur untuk seharian. Bukan tidak bersyukur dengan semua ini kadangkala saya ingin makan makanan yang saya inginkan. Saya bukan taknak masak tapi barang dapur terhad. Takkan lah pada hari mertua saya masak ikan,saya nak masak ayam merah 2 ketul untuk saya je, mestilah sekurangnya setengah ekor kalau tak lebih baik ayam goreng sahaja. Jika masak lebih tidak habis pula nantikan barang dapur tu boleh digunakan untuk esok. Rasanya bole ke saya suruh suami saya lepaskan je tanggungjwb bayar kereta tu kepada ayahnya. Sedangkan tu isteri dia guna juga. Kalau suami saya tak bayar kereta tersebut mungkin kami boleh duduk dirumah lain sewa rumah dan beli barang dapur sendiri..............#pleasehelp

16 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

saya akaui masalah peribadi sukar sgt bila berkongsi dgn mertua..mudah mudahan allah murahkan reseki lbh pada suami sis, sbb dia nak tunaikan tggjawb pada ibubapanye dan gitu juga pada sis..bukan senang nak bahagikan lg lg bila ujian sis sdg mengandung..tp pasti ada hikmahnye dgn pemahaman sis dgn sabar👌♥️... kalau tgl asing pun perlu ada lebih pencarian rezeki, bygkan perlu kereta, sewa rumah, bil electric air makanan, keperluan lain, dan dr jauh pun suami ttp kena tunaikan tanggungjawab pada ibubapanye sbb itu adalah pintu syurga baginye sebagaimana hubby sis adalah syurga bagi sis. Bershukur atleast beban bersama kurang kit disebabkan share share...berdoa byk sbb pasti ada suatu masa nanti sis akan tinggal berassingan bila tiba waktu utk uruskan rumah sendiri insha allah.. utk keperluan sis skrg, harap suami sis dipermurahkan rezeki lbh dgn doa sis dan hati yg bersabar berkongsi bersama dgn memahami tanggungjawab suami ada hikmahnye

Baca lagi