Kecewa selalu jadi bahan gelak..

Saya dah 14weeks pregnant dan masih mengalami mual dan badan lemah. Ramai yg gelakkn dan selalu buat perbandingan dgn anak memasing dgn diri sendiri siap kata anak dorang takda pun mual bila dah masuk trimester kedua. Mcm katakan saya ni mengada pulak. Saya takleh nak masak sbb bau menumis tu buat saya jadi kerap muntah dan badan terus lembik. Benda ni kalau boleh saya pun taknak alahan mcm ni. Badan sakit². Tak semua orang sama. Ada yg takda alahan tu bersyukur lah. Jgn lah sampai kondem org lain. Hati ni asyik terasa je... Dorang ingt saya ni buat² agaknya... Sape je nak makan lepastu muntah? Sape je nak badan selalu rasa lemah dan ngantuk? Kalau boleh mintak taknak alahan ni saya dah mintak dah....

40 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

saya masa 14 weeks makan ubat merah tu sahaja rasa nak muntah . lepastu masuk kandungan 2 month makan nasi nak muntah . husband belikan roti baru lah boleh telan . masuk kandungan 4 bulan alhamdulillah tiada alahan apa² cuma sedikit letih tapi kuatkan diri nak kemas rumah n masak semua . sebab husband tak rajin makan kedai . biasa bekal sahaja . bila semua dah okay bahagian dapur dan ruang tamu baru saya lelapkan mata tidur . bila kandungan sekarang dah 33 weeks 5day saya banyakkan berehat dan tadi baru je lepas ibu saya goreng ikan . saya rasa nak muntah . pelik tiba² alahan balik . sekarang ni saya duduk dengan family sebab nak berpantang . tapi itulah disebabkan pkp lagi . suami saya tunda nak balik jenguk saya . saya due date 19/03/2021 . ( first baby ) . insyaallah semoga ibu² semua bersabar dan selamat bersalin 🤗❤️

Baca lagi