pergaduhan

saya baru kahwin, tapi saya dah pregnant dulu sebelum kahwin. saya kahwin masa usia kandungan 4bulan. dari mula sy tahu sy pregnant, sy dan suami selalu bergaduh. dari belum kahwin sampailah dah kahwin. bila gaduh mesti anak dalam perut jadi mangsa. selalu pertikaikan soal anak, sedangkan anak tak berdosa. bila kami okay, selalu borak soal bahagianya ada anak. dan skrg kami gaduh lagi, dan anak jugak yg dipertikaikan. apa yg perlu sy buat? hampir setiap hari sy stress. setiap kali stress, perut terasa sakit jee. masalah tak pernah selesai. adakah ni balasan pada dosa sy, tapi anak dalam perut ni tak berdosa. sy buntu utk teruskan mcm mana. sbb seluruh badan sy tak dapat dikawal dgn baik stiap kali sy mengalami stress.

15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sis.. Bersabarlah.. Jika suami awak kini adalah lelaki yang mengandungkan awak.. Terimalah kekurangan dia.. Cuba mengenali dia yang sebenar.. Masa awak kenali dia.. Dia hamba allah yang cukup sempurna kerana dia menutupi diri dia dengan janji dan keindahan.. Tetapi bila awak dh jadi orang yang akan kekal bersama dia hingga ke liang lahad.. itulah diri dia yang sebenar.. Kekurangan dia dari segi kawalan emosi, ego, baran dan sebagainya.. Berbincang baik².. Jangan melawan kata² dia walaupun awk dimaki hamun oleh dia.. Diam diri itu lebih baik dari melawan sebab kita orang perempuan kata² yang keluar dari mulut kita lebih pada emosi berbanding akal sihat kita.. Jika anak yang dia pertikaikan diamkan saja.. bawa diri amik wuduk.. Ye geram dan strees itu perkara biasa bila kita mendirikan rumah tangga dalam keadaan tidak bersedia.. Anggap saja ini ujian untuk menguatkan diri awak sebab lepas baby lahir lain pulak ujian dia.. Saya beritahu sebab saya juga lalui perkara yang sama.. Positifkan diri awak.. kosongkan fikiran awak.. jangan terus menghina diri atau menghukum diri.. ini untuk kesihatan awk dan kandungan... Fikirkan baby dalam rahim.. kesiankan dia.. Kalau suami awak xboleh jadi seorang yang rasional atas kesalahan sendiri.. just forget about him untuk seketika.. fokus pada kandungan.. tanggungjawab jgn xbuat pula.. jika suami awak kini bukan lelaki yang mengandungkan awak.. saya minta maaf.. sy xthu nak advice awak cara yang mana tapi kawal lah emosi awk sebaiknya.. Jgn melawan.. Istigfar banyak² .. syukuri kerana ada hamba allah yang rela menutupi aib awk dari dipandang hina..

Baca lagi