Pertama kali bergelar ibu, anak hampir meninggal. Sekadar perkongsian.

Saya baru bersalin hari ke 3. Bersalin di hospital swasta. Info yg diberi kan tidak memuaskan Dan boleh memudaratkan. Hari pertama Saya bgthu nurse saya rasa susu saya mcm takda atau tak keluar. Saya nk bg susu formula atau guna breastpump atleast kita tahu susu keluar ke tak. Tapi nurse kata baby dah kencing n berak maksudnya saya ada susu. nurse cakap kalau dh berak maksudnya susu ada Dan cukup utk new born baby. Utk breastpump tidak dibenarkan. Selepas 2minggu baru boleh guna breastpump kata nurse. Anak saya ada mcm menggigil2, doctor pakar pediatric kata normal utk baby baru lahir mcm ni. Hari ke Dua- discharge Dah boleh balik rumah. baby malam asik bangun Dan menangis. Setiap 5-10min menangis.Saya susu kan mcm biasa sbb saya dgr cakap nurse yg susu saya ada. Tp anak saya asik menangis je. Selepas susu masih taknak tidur Dan menangis. Bergilir2 lah kami laki bini utk jaga baby. Suami kejutkan saya 2jam sekali utk bg susu. Lepastu suami jaga anak menangis lepas susu. Hari ke 3. Anak saya siang tak tidur. Asik nangis je. bila saya susu kan je dia senyap. Jadi saya susu kan lama sikit. Bila lepas breast,terus menangis. Menangis tak henti2. Tidur pun 5-10min terjaga dn menangis. Tak kan nk susu kan lg nnti terlebih susu pulak. Macam2 la saya buat nk bg anak tak nangis.menangis sehingga pukul 5ptg. Saya risau baby baru lahir tak elok menangis lama2. Paru2 pun masih tak kuat lg. Apa yg tambah merisaukan tiba2 badan panas Dan menggigil2 masih belum hilang. Saya terus bawak ke hospital lain. Sedihnya doctor cakap anak saya kurang susu. Anak saya dh kebuluran. Lahir 3.1kg. hari ke 3 dah turun berat dah jadi 2.75kg. kalau lambat dtg boleh meninggal Dan dah ada kuning sikit. Allahu. Mmg saya nampak sign anak saya lapar. Tp sbb percaya kan nurse dan doctor, dan saya juga sebagai 1st time mom akur dgn kata2 nurse dan doctor pakar. Alhamdulliah Allah masih beri saya bersama anak saya. Esk kena followup balik nk monitor kuning dan berat badan. Saya rasa sgt2 bersalah dgn anak saya. Baru hari ke 3 lahir ke dunia dah kebuluran. Sekadar perkongsian dan boleh dijadikan panduan especially yg baru bergelar ibu seperti saya. Bukan semua nurse atau doctor tu betul. Sometimes kita kena seek for second or third opinion. Dan jika sebarang keraguan terus ke hospital utk checkup sbb kita bukan lah seorang yg arif dlm bidang ni.

19 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Saya bersalin di KPJ 2 bulan yg lalu. Anak sulung. Saya pun ada masalah tiada susu masa awal2 bersalin. Bersalin pukul 2 ptg. Pukul 6 ptg nurse dtg tanya dah susukan baby ke belum. Saya ckp belum. Nurse pun ajar urutan nak keluarkan susu. Masa tu susu mmg sikit sgt, macam hampir tiada. Nurse pun ambik anak saya utk bg susu formula takut baby lapar. Malam tu setiap 2 jam saya cuba susukan baby. Walhal masa tu saya tak tau pun yg susu tak keluar. Esoknya saya discharge. Baby saya tido je sepanjang hari. Petang baru bangun. Dari petang sampai malam baby asyik menangis. Saya susukan setiap 2 jam tapi baby tetap menangis. Esok paginya nurse KK dtg rumah melawat. Nurse cek susu saya. Nurse ckp susu macam tiada sgt. Terlalu sikit. Nurse suruh saya pergi KK ptg tu utk cek kuning. Bila cek kat KK anak saya dah sangkut kuning. Berat pun turun dari 2.58kg kepada 2.44kg. Mmg sedih sgt masa tu. Patut la anak asyik meragam. Rupanya dia kelaparan sebab saya tiada susu. Saya terus suruh husband pergi beli susu Karihome. Alhamdulillah anak saya boleh terima susu tu. 2 hari lepas tu kuning anak saya dah turun. Berat pun makin naik. Saya pump susu & urut breast utk stimulate supaya susu keluar. Beberapa hari lepas tu susu mmg meriah sampai bengkak susu. Saya doakan supaya anak awak cepat2 turun kuning & naik berat badan semula. InsyaAllah lepas ni susu awak meriah & boleh susukan baby mcm biasa.

Baca lagi