Frustnya tengok susu sendiri ni 😔

Saya baru beranak 17/1 haritu..tapi baby kena admit untuk observation and saya baru melawat dia semalam tengok dia duk bawah lampu.. maksudnya kuning la tu kan Saya cuba menyusu and baby macam tak puas 😞 Saya marmet and pam pun susu keluar sikitttt sangat tak sampai sesudu kecil pun.. Ibu-ibu buat macam mana ye 😔 Suami macam kesian dah kat saya sebab nangis tengok susu sendiri.. dia kata nak beli susu tepung dah 😔 saya pulak gian nak bagi susu sendiri..

15 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya selalu tanya kt diri saya mcm ni. Saya degil nk anak fully bf walaupun tak cukup or saya nk anak saya kenyang and tak sakit? Mana lagi penting buat saya? The answer to that will always be saya nk anak saya kenyang and tak sakit. Kalau rasa susu tu tak cukup buat masa ni, apa lah salah nya bagi susu FM? Itu bukan racun tau. Saya dulu susu sikit jugak baby tak puas.. bila dia kuning je saya straight bagi susu formula asal anak kenyang and kuning tak berpanjangan. Anak saya kuning kejap je and tak warded. Compared to my friend yg degil tak nk jugak bagi susu FM walaupun dr dh nasihat untuk topup, anak kuning sampai 400 warded lama masuk hospital long term jaundice. Saya tk nk cakap pape sbb nanti di cop terpaling mak yg menyebok kan. Tapi tu lah some mothers mmg lagi sanggup tgk anak warded masuk hospital dari bagi anak kenyang sbb nk jadi mak terpaling breastfeed. Kalau susu cukup alhamdulillah sgt. Mmg susu ibu terbaik. Tapi kalau anak tgh kuning, tak kenyang and susu kita pun sikit sgt.. bagi je lah FM and then usaha la bagi susu keluar so can fully BF in the future.

Baca lagi
3mo ago

No problem sis. Saya faham perasaan tu. Jgn down. Kita yg tak dpt fully breastfeed ni sama hebat je dgn mak yg fully breastfeed. Anak sama membesar dgn baiknya. Jgn rasa insecure dgn ibu terpaling breastfeed. Rezeki diaorg susu banyak. Kita focus kt diri kita and anak kita. As long anak kita sihat, kita dh buat yg terbaik dh. I believe the best thing yg kita boleh bagi to our baby is a healthy mother with good mental health yg berkemampuan untuk jaga baby dgn baik.

sama dngn sy , mmg mula2 sikit je . yg keluar hanya colostrum bila dipicit . lepas sy teman anak sy warded semalaman bwh lampu kuning , nurse kat situ ajar , sambil susukan anak sambil kita sendiri picit breast kita , kira mcm kita tolong keluarkan susu utk dy hisap . sebab kata nurse baby pun bru belajar , dy pun tak tahu nk hisap smpai susu betul2 keluar . jd dngn bantuan kita jugak marmet sambil dy menyusu . Alhamdulillah sy ikut kata nurse time tu mmg menjadi , lepas je dia menyusu mmg dy tidur 2 jam xbngun2 bawah lampu biru tu . kenyang dan boleh tidur lena . Alhamdulillah mmg sy keep bg susu sambil bantu dia menyusu , picit/ marmet breast sambil dy tngh menyusu tu . Sampailah colostrum tu dah bertukar menjd susu putih tu bru sy dh xbuat mcm tu . sebab nmpak dy pun dh pandai menghisap ☺️ ni hanyalah pengalaman sy yg boleh sy kongsi . Alhamdulillah anak kuning pun seminggu je . Alhamdulillah berbaik sngka dngn Allah , kalau lah anak sy tak kena warded semalaman bawah lampu biru tu mungkin sy takkan tahu cara mcm nurse tu ajar 🥹sbb kita kan first mom.. Alhamdulillah

Baca lagi

kalau ada duit, beli tulang lembu yang ada fats. minta suami tolong rebus. letak halia besar ibu jari, kurma merah 4 biji and longan dalam 3 biji. rebus for 4 hours. minum. awak ada masalah supply sebab 1) anak belum melekap kat tetek sangat 2) awak tengah risau dan stress. ini pembunuh susu no1 even it happes to orang yang susu abundant macam saya 3) banyakkan minum air suam. jangan makam benda sejuk. can slow down your milk transportation. 4) Your newborn can hear your brain and heart even though in separate rooms. dont over worry. 5) jangan marah suami. they might think bf might stress you out so he feels like he is okay anyway to feed w fm (walaupun cost money) he just wants to make situation bearable. dapat je anak nanti terus lekapkan tetek. saya assume this is first child, so be ready w the breast feeding technique.

Baca lagi
3mo ago

saya setuju dgn pendapat puan ni😊.

awak susu diawal kelahiran baby mmg tak banyak. awal2 ni kita panggil susu kolostrum susu tu yg akan protect imunisasi badan anak awak. kolostrum jenis yg pekat dan likat. lagipon size perut baby baru lahir tak besar. susu tu cukup utk size perut anak awak. susu awak akan keluar ikot demand baby. jangan stress jangan sedih. lagi awak xboleh control emosi awak lagi susu badan xnak keluar. sebab tu pentingnya ilmu penyusuan susu ibu. susu ibu ni xsemudah yg kita sangka. sua breast baby hisap terus susu keluar. awak kena keep bg rangsangan dkt breast supaya otak awak boleh terima signal utk start produce susu badan. baby menangis bukan sebab dia xcukup susu. pastikan lekapan semasa baby hisap betul.

Baca lagi
Post reply image
3mo ago

bila anak sakit, warded, auto mak susah hati. badan sendiri pun belum sihat, tak cukup rehat, mmg lagi affected lah emosi tu.. pastu lagi stress anak melalak2, tengok depan mata susu tak keluar plk. lagii menduga.. walaupun ada je sebenarnya susu tu.. ni if 0 ilmu pasal penyusuan ditambah nurse doktor mak pak kawan netizen bagi nasihat suruh bagi je fm tanpa tolong ibu utk bf.. katanya dah ibu takde susu tu kan.. memang dr bercita2 nak bf 2tahun boleh jd fully fm dr baru lahir la sbb dah tersilap langkah awal2

Puan bg je df, n kalau perlu bg je fm. Bg gilir2. Kerapkan df. Nnt dh habis kuning puan df je. Masa pantang releks2 je bg susu takyah pam nk tgk berapa byk. Nnt susu akan byk sendiri. Byk lg ms berpantang, jgn risau. Sy pn bg fm n df ms warded, balik sy full df. Kuning tu cpt baik bila baby byk berak, kalau bg fm lagi laju dia berak (kalau rs susu bdn tak cukup). Nnt smbung je full bf. Sy anak 1st pn nangis tak ketahuan bila pam susu sikit. Anak ke 2 sy releks sikit, ank 3rd lagi la sy releks…mls nk nangis2 psl susu yg penting dia kenyang n setel kuning dulu.

Baca lagi

Jgn sedih, awk baru berapa hari tu. Sabar kejap lg dia keluar. Percaya la sbb anak saya pun warded tak sampai 24h sbb jangkitan kuman n kuning tggi sgt. Sediakan pam. Sbb awk kena bersedia sbb susu awk akan datang and awk akan sakit breast tu. Jgn stress2 ya lagi dia taknak keluar. Baby nak melekap nangis and nampak tak puas pun sebab mungkin dia nak melekat dgn awk. Sejuk duduk situ sebab tak boleh pakai baju. Awk boleh. Nak sediakan susu tepung pun ok in case of emergency. Tapi awk kena positif ya. Sy faham stress dalam ward tu. Sending u love 🫶

Baca lagi
3mo ago

Suruh husband bawa nipple cream juga sbb awal2 nipple akan crack sikit.

VIP Member

br 3 hari awk...mmg susu kita xkan byk trs....ada org 3 hari susu br la nk keluar manja2...perut bby pon kecik cinonet je awk umur 3 hari....awk sdri xleh stress..xleh give up...xleh pkir nagetif....susu kita ni mcm magic tau...kalau kita positif dok kata susu kita byk...mmg byk la dia...tp kalau kita asyik pkir dia sikit mmg dia sikit....keep bf bby mcm biasa..,susu ibu ni konsep dia demand n supply....dia akan supply sebyk mana demand dr bby.....

Baca lagi

anak saya selepas lahir pun kena tahan wad 6 hari. lepas saya discharge terus marmet dengan kerap dalam sehari tu, tapi hari ke 3/4 baru keluar susu kolostrum dan sangat-sangat sedikit. tapi saya teruskan marmet je setiap hari walau anak tak de di sisi alhamdulillah susu ada dan cukup untuk anak lepas tu. belajar juga cara lekapan yang betul supaya susu keluar dengan baik. tak pe puan, semangat je terus! susu ibu adalah yang terbaik☺️

Baca lagi

its ok awak.. jgn sedih2.. sye pun mcm tu la jgak dlu.. baby warded so try pam pun x klua.. bgtw CL, then dia urut.. bru la klua susu.. permulaan memg x byk.. tp lps tu ok.. sye pun ade topup formula smentare nk brurut tu.. x mampu susu kan baby, x menjadikan awak ibu yg gagal.. xpe nant usaha lg.. byk tip2 awak bley dpt dr grup nie.. tggu komen2 yg lain ye..

Baca lagi

Jgn sedih2 ibu, bila ibu sedih nanti lagi susah nak keluarkan susu badan..lagipun awal2 mmg susu sikit sbb perut baby pun kecil lagi. cukup untuk anak. yg penting ibu jaga diri, semoga ibu kuat 💪🏼