1. apabila nikah di siam, kena buat pendaftaran secara sah di Malaysia. ada urusannya naik turun mahkamah. pengesahan perkahwinan. boleh terus ke pejabat agama, nanti mereka akan bantu. InsyaAllah semoga dipermudahkan. 2. kelahiran anak sah taraf ialah paling kurang 6 bulan Qamariah (mengikut kalendar Islam) daripada tarikh nikah. bukan guna pakai kalendar masihi. nasihat saya untuk tindakan sekarang; 1. Uruskan pendaftaran perkahwinan secara sah di Malaysia dahulu. InsyaAllah kejap je kalau semua dokumen lengkap. Surat Nikah, Ic suami isteri, surat Konsulat Malaysia di Songkhla... 2. Anak dah lahir baru boleh buat pengesahan anak sah taraf di mahkamah. 3. hal ini agak rumit kalau buat sendiri, mintalah bantuan Lawyer. Jika tiada kos, cuba pergi ke Jabatan Bantuan Guaman atau terus ke pejabat agama. semoga segala urusan awak dipermudahkan ♥️ Allah uji tanda sayang.
apa yg sy tahu la kan. even pregnant anak halal pun, selagi tak daftar dan dpt sijil pengesahan nikah di malaysia selagi tu anak tu xleh disahkan status. mcm cousin sy, kahwin di siam tapi nasib baik ada kawan dia keje dekat balai islam tu yg tlg dia daftar nama anak berbinkan nama bapak tapi ni ank sah taraf ea. pregnant lps kahwin. mcm kwn sy sorang lagi plak, kawin di siam tapi sampai skrg anak xde pengesahan status. ni pun anak halal. tp anak dia skrg berbin kan Abdullah. nak dapatkan pengesahan tu bukan sebulan dua tau. ada yg tgu sampai anak 5 tahun pun belum tentu dpt. nikah di siam sgt² leceh dan x berbaloi. buat rugi duit je.
peglmn saya anak first dulu sbb ada masalah kesihatan, jadi anak lahir xcukup bulan & pada bulan kamariah (mengikut islam) pun xblh ber bin kn suami. puas saya fight kat mahkamah hampir 2 tahun baru anak dapat surat beranak yg blh bin kn suami. kalau buat juga surat beranak lg susah n lambat nk tukar sbb kes lg rumit.. paling cepat g mahkamah syariah kelantan n terengganu sgt menbantu sbb pglmn saya tgk kes siam ni masa tunggu giliran saya bicara hakim pun sgt menbantu nk selesaikan masalah sah taraf anak..
nikah di Siam selagi xdaftar kat Malaysia memang xboleh bin binti kan nama bapa..MCM orang kat rumah saya anak nya bin Abdullah
kena tny ustaz bab ni
Anonymous