Dikutuk anak kulit hitam

Salam semua, Saya nak mengadu. Saya baru beranak anak sulung, baby nak masuk 3 bulan. Baru2 ni ada family gathering belah suami, baby saya first time nak jumpa ahli keluarga besar. Ada sorang cakap baby saya hitam depan saya.. depan org ramai. Time tu saya senyum2 je kat muka, tapi dalam hati Allah saja yang tahu sedihnya hati seorang ibu. Ya Allah remuknya anak dikutuk camtu depan2. Kesian anak saya.. terus sy ambik baby masuk kereta, bgtau diorang saya nak menyusu baby. Tapi masuk je kereta saya peluk anak, saya menangis teresak2 sampai mata bengkak. Dah la sakit beranak belum hilang.. nak dapat anak sulung ni bukan nya senang. Mcm2 dugaan juga Benda ni mungkin tak sensitif bagi sesetengah org.. tapi untuk saya sgt sensitif sbb dari kecil dikutuk2 dikeji sbb gelap. Adik bradik lain dapat layanan yang special2 je, saya dilayan mcm tidak wujud. Di sekolah pun saya dilayan endah2 tak endah dengan cikgu. Dari saya lahir lagi org kata hitam. Apa yg ibu saya rasa time lahir kan saya, skrg saya rasa jugak. Ya allah.. mudahkan la urusan anak ku dikemudian hari. Berikan lah kekuatan untuk dia apabila dihina dikeji. Ibu mintak maaf sbb awak ikut kulit ibu. Ayah kulit cerah sbb keturunan cina. Anak ibu comel paling comel, paling bijak. Peringatan untuk semua.. jgn senang2 kita tegur fizikal org. Tambah2 tegur bayi baru lahir depan ibunya. Gemuk kurus putih hitam semua ciptaan allah. Kita taktau org tu ada trauma, apa yg dia lalui. Salam#firstbaby

43 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

saya paham perasaan sis tu sbb anak saya umur 1 bulan ke 3 bulan kulit dia gelap. utk makluman saya berkulit cerah suami kulit gelap. anak saya perempuan. ayah saya risau cucu dia gelap katanya anak perempuan elok kulit cerah. ramai jgk sedara mara saya ckp kulit gelap mcm ayah saya senyum aje la. tapi masuk 4 bulan and now dah nak masuk 8 bulan kulit anak saya jadi semakin cerah. ada kwn cakap dia jadi gelap sbb duduk bawah lampu semasa kuning sekarang kulit kembali normal la kot. entah la..harap sis bersabar ya

Baca lagi