Salam semua.
Saya dah nikah di Thai secara senyap2 dan baru sahaja dapat pengesahan di Malaysia. Sepanjang proses pengesahan, mmg kena turun naik mahkamah byk kali, dan surat notis dtg ke alamat rumah. Disebabkan ini, ibu dan ayah saya mengamuk besar kt kitorg. Mcm2 perkataan keluar.
Tapi ibu dan ayah saya hari2 tanya dan suruh saya bercerai. Atas alasan mereka tidak redha dgn pernikahan itu. Untuk makluman, saya sedang hamil 2 bulan. Berbeza dgn famili mertua, mereka sgt welcoming dan menerima saya seadanya. Saya sedih sangat sebab ibu dan ayah saya beriya suruh saya cerai dan gugurkan anak yang saya kandung oleh kerana mereka jijik dgn suami saya. Saya taknak ikut semua tu, dan suami bawa saya jauh dari famili saya. Disebabkan itu, ibu marah dan anggap saya derhaka dan tidak halalkan air susu yg diberi masa kecil sebelum larang kami balik rumah walau apa pun jadi.
Allahu. Kami mmg salah sebab nikah senyap2, tp sebab tu kami balik ke rumah utk memohon keampunan serta jelaskan segalanya. Tak pernah saya sangka ini yang terjadi.
Sedihnya. Dengan keadaan pregnant awal2 ni, hari2 dapat whatsapp msg suruh cerai, suruh gugur..menangis sy. Suami mintak sy jgn fikir sgt, sebab takut effect kt baby. Tp kadang duduk sorg2 lepas suami pergi keje, walaupun tgh menyapu, atau makan..mst menitik air mata. Suami balik keje tgk mata bengkak.
Saya mohon supaya mommies disini samada yang pernah merasai keadaan seperti sy berikan kata2 semangat kepada saya.
???
Anonymous