Sedih, buntu

Salam semua. Saya dah nikah di Thai secara senyap2 dan baru sahaja dapat pengesahan di Malaysia. Sepanjang proses pengesahan, mmg kena turun naik mahkamah byk kali, dan surat notis dtg ke alamat rumah. Disebabkan ini, ibu dan ayah saya mengamuk besar kt kitorg. Mcm2 perkataan keluar. Tapi ibu dan ayah saya hari2 tanya dan suruh saya bercerai. Atas alasan mereka tidak redha dgn pernikahan itu. Untuk makluman, saya sedang hamil 2 bulan. Berbeza dgn famili mertua, mereka sgt welcoming dan menerima saya seadanya. Saya sedih sangat sebab ibu dan ayah saya beriya suruh saya cerai dan gugurkan anak yang saya kandung oleh kerana mereka jijik dgn suami saya. Saya taknak ikut semua tu, dan suami bawa saya jauh dari famili saya. Disebabkan itu, ibu marah dan anggap saya derhaka dan tidak halalkan air susu yg diberi masa kecil sebelum larang kami balik rumah walau apa pun jadi. Allahu. Kami mmg salah sebab nikah senyap2, tp sebab tu kami balik ke rumah utk memohon keampunan serta jelaskan segalanya. Tak pernah saya sangka ini yang terjadi. Sedihnya. Dengan keadaan pregnant awal2 ni, hari2 dapat whatsapp msg suruh cerai, suruh gugur..menangis sy. Suami mintak sy jgn fikir sgt, sebab takut effect kt baby. Tp kadang duduk sorg2 lepas suami pergi keje, walaupun tgh menyapu, atau makan..mst menitik air mata. Suami balik keje tgk mata bengkak. Saya mohon supaya mommies disini samada yang pernah merasai keadaan seperti sy berikan kata2 semangat kepada saya. ???

11 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Ibu bpa mna yg tk trguris sis. Dorg percayakan sis sbb tu dorg marah. Tiada makbpak yg tk syg anak dan dorg sntiasa mahukan yg trbaik. Tp sis pun mnusia biasa brbuat silap. Begitu jga ibu bapa sis. So sis kna bg dorg masa utk trima. Jgn bhnti mndoakan makbapak dilembutkan hti. Dalam msa yg sma brdoalah mohon kpd Allah. Hanya Allah blh tlg skrg ni. Sy doakan fmly sis sedar dan trima dgn lapang hti. Jaga diri dan bby elok2 ye

Baca lagi
5y ago

Tq sis. InsyaAllah.

Org ckp redha ibu ayh tue penting tp sy xtau la kes awk mcm mna..klau awk rasa suami awk adalah suami yg baik,awk teruskn..jga kndgn baik2,insyaAllah bla baby tue lahir mgkn ibu ayh awk bleh terima..Jgn lupa salu brdoa mohon Allah lmbutkn hati ibu ayh awk dlm msa yg sma awk & suami cuba ambk hati mereka..buktikn yg plihan awk tue tepat..

Baca lagi

Apa yg terbaik skrg btter fkirkan pda kandungan sja. Ibuayah siapa tk marah kawin senyap2. Mereka orgtua nak yg terbaik utk kta. Tpi nasi sdh menjadi bubur. Kt kena teruskan hidup ke depan. Kuatkan hati utk meneruskan khidupan baru. Smua kemarahan tu akan berlalu juga dn psti kmu diterima kembali.

Ibubapa mana yg x mrh jika ank kawin senyap2.that's why redha ibubapa tu pnting.tp dah trkawin mcm ni.sis n suami terus minta maaf.mana tau lama2 sejuk jg hati diorg.yelah cuba letakkn diri kat tmpt ibubapa kita.susah pyh besarkn ank then ank buat mcm tu.kita pun akn jd parents jg.

Super Mum

Kita mengadulah pada Allah, kita minta jalan penyelesaian dari Allah, insya Allah, Tuhan akan lembutkan hati mak ayah sis, manalah nak sangka, bila baby tu lahir, mak ayah sis, lembut hati, bila melihat anak kecil yg suci itu... Doalh sis yg yg terbaik....

5y ago

Tq sis. InsyaAllah.

Teruskan berdoa sis , semoga Allah lembutkan hati ibu ayah awak, minta doa sama sama , Insha Allah . Lambat laun akan terima juga . Positive okay . Jga baby elok2. Semoga everything baik baik saja tau . 😘

Sy ada kwn kes mcm ni urus smpai dah Bsr2 ank sbb suami dy lps tgn jee, tpi kta mnta doa yg baik baik la jwpnya sbr yaa sist.. Jangan sedih2 nnty bby ikut sedih

Kalau sebelum berkahwin bolehlah sis fikir pasal keluarga tapi sekarang sis dah kahwin dengan husband kan. Syurga sis di kaki suami.

bagi masa kat mak ayah untuk terima. mmg la terkilan mak ayah tapi sekarang paling penting kesihatan baby dengan mummy.

Allahu, sabar ya sis, mohon doa Allah semoga ibu ayah awak dibuka pintu hati mereka untuk menerima awak dan suami