Kantung kosong

Salam semua. Ikut kiraan, saya dah 11week mengandung. Awal bulan haritu, saya ada scan dan dr cakap hanya kantung sahaja (gambar atas). Ikut kiraan masa tu 7week, tp dr cakap size kantung 5week. Harini saya pergi scan kali kedua di klinik lain, patut mggu ni dah 11w, tp dr cakap hanya kantung juga dan size kantung 7week. Dr suruh dtg lagi 2 minggu. Buat masa ni takde lagi keluar darah / sakit perut. Period saya mmg tak teratur. Kadang lewat 2 3 hari, kadang lewat 1 mggu, kadang lewat 2 mggu. Ada sesiapa macam saya tak? Boleh share? Terima kasih.

Kantung kosong
5 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

pengalaman sy sama. missed miscariage at 11week. darah takde, sakit xde apa pon xde. tau2 je genap 12minggu sy dh start bleeding. doc mmg bg sy seminggu utk gugur sendiri. day 1st sy start bleeding je terus sy pg jalan2 mall. siap tgk wayang apa semua. kantung sy habis keluar semua same day waktu dkt mall. kena bnyk jln sis. tp makesure pad overnight bawak 5 6helai stanby. bila air ketuban tu pecah je mmg habis berdarah semua kain seluar. pain level 2/10. maybe sbb masih kecik lg. lebih kpd rasa perut memulas je. kalau baring konfem sakit. better berdiri n berjalan. tp benda yg best nya.. slps gugur cpt gila melekat balik. mmg ada hikmah Allah beri sy keguguran, masa tu kewangan suami x stabil. skang sy pregnant balik waktu suami sy bnyk hutang dh hbs byr. duit gaji bnyk lebih.. Allah tu maha hebat kan. Dia tau bila kita bersedia dan tidak 🥰

Baca lagi
3y ago

Alhamdulillah. Terima kasih sebab share pengalaman. Betul tu, kalau takde rezeki mesti ada hikmah kan.