#3monthtogo 🤲🏻

Salam semua . Boleh tahu apa barangan keperluan baby dan ibu untuk lepas bersalin . Yang paling penting dan harga yang keras . Nak beli yang mahal dulu baru yang kecik² . Boleh jugak tak , mmy semua cadangkan set berpantang yang mana elok . Saya first baby , takda adik beradik perempuan .

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Bagi saya yg penting selain baju, toileteries dll , kita kena tahu ilmu penyusuan. Bila kita tahu yg asas pasal penyusuan, insya Allah kita dapat menyusukan anak secara direct tanpa stress. No stress adalah perkara utama saya nak semasa TTC, hamil, semasa bersalin dan selepas bersalin. Nak senaraikan panjang betul 😅 Saya buat rujukan pada buku2 kehamilan dan penjagaan anak dan buat list apa nak beli. Barang besar yg kami beli; baby cot, car seat (kami nak anak berdikari sejak awal), bath tub, trolley rack ( letak barang senang nak capai semasa menguruskan anak) canvas box untuk pakaian anak, lampu tidur, untuk pengawalan cahaya jika menyusu dan tukar lampin anak pada waktu malam/awal pagi. Yg lain baju anak 0-3/ 0-6 months (beli 6 psg je) sekali ramai datang ziarah, baju anak dah banyak dah. barut, kain bedung, diapers, spray air, senang nak cuci masa tukar diapers, wet tissue, kain lap, tisu, sikat, penyedut hidung, kapas untuk cuci pusat anak, cutton bud, ketip kuku, tikar getah untuk tukar diaper, dll keperluan. untuk ibu; pakaian mesra penyusuan , materniy panties, pad sesuai, gel mandian herba (saya tak beli uncang2 herba buat mandian. Leceh. 😅 lagipun saya dah biasa guna gel mandian herba sebelum hamil lagi, segar badan sbb kandungan: daun bidara, limau purut, madu kelulut, peppermint. Saya guna lotion mustajab hijau sesuai postnatal, sapu sendiri sebagai param dan pilis. Saya tak makan jamu. Saya ambil khidmat urut 3 hari. Stokin pakai stokin suami 😅. Sediakan senarai lauk yg sesuai untuk pemulihan slps bersalin (suami saya masakkan untuk saya). Ni dah sebulan lebih dlm pemulihan, saya boleh lah masak yg senang yg tak banyak berdiri lama kat dapur. Suami dah sediakan bahan dan perkakas berat. Saya buat leburkan aje. Tunggu masak, dah tutup api/ suis eh, terpanjang pulak 😅

Baca lagi
2y ago

Sis ada pergi class penyusuan ke sebelum ni ? Apa tips nak bagi susu badan meriah , saya badan kecik kurus . Tak tahu lah nanti ada susu badan atau tak .

Sy beli set pantang ummialya, tp sy btul2 beli mana yg nk guna shj (pilis, krim param, sabun herba). Dan bengkung utk pantang. Klu nk beli brg yg pricey dlu, beli carseat/stroller/bby coat.

2y ago

Terima kasih sis . Saya cuba set berpantang sis ckp tu . Sebab saya tak tahu yang lain . Terima kasih banyak sis 😘🥰