Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Mohamad Faisol Bin Mihat, Pantai Hospital Klang

Salam Sejahtera Ahli TAP, Seperti yang kita sedia tahu, wanita hamil wajib melalukan ujian air gula semasa hamil. Jika anda mempunyai sejarah kencing manis atau ibu bapa yang ada masalah ini anda haruslah membuat ujian ini sebanyak 2 kali sepanjang tempoh kehamilan. Pernah tak anda terfikir seperti, “Eh saya tak pernah ada kencing manis, kenapa tiba-tiba sewaktu hamil ada? “, apakah tanda-tanda awal kencing manis semasa hamil? Apakah punca berlakunya kencing manis? Bolehkah kita elakkan dari terkena kencing manis semasa hamil? Jika terkena kencing manis, apakah makanan untuk orang kencing manis? Bolehkah wanita mengandung diet untuk elakkan kencing manis? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang pengawalan kencing manis semasa hamil dan pemakanan yang boleh di amalkan bersama saya Dr Mohamad Faisol Bin Mihat, Consultant Obstetrics & Gynaecology, Pantai Hospital Klang pada 24 November 2022, hari Jumaat. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Mohamad Faisol Bin Mihat, Pantai Hospital Klang
26 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Dr, saya hamil 1st trimester. Skrg saya tak lalu nak minum air kosong. Kalau minum air kosong je jadi mual. Boleh ke kalau setiap kali minum air saya campurkan dgn sedikit kordial seperti ribena atau sunquick?

3y ago

Jawapan: Boleh, tetapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja untuk hilangkan rasa mual. Saya sarankan puan boleh amalkan jus buah-buahan segar atau air sejuk dengan campuran lemon dan pudina tanpa gula.