Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Mohamad Faisol Bin Mihat, Pantai Hospital Klang

Salam Sejahtera Ahli TAP, Seperti yang kita sedia tahu, wanita hamil wajib melalukan ujian air gula semasa hamil. Jika anda mempunyai sejarah kencing manis atau ibu bapa yang ada masalah ini anda haruslah membuat ujian ini sebanyak 2 kali sepanjang tempoh kehamilan. Pernah tak anda terfikir seperti, “Eh saya tak pernah ada kencing manis, kenapa tiba-tiba sewaktu hamil ada? “, apakah tanda-tanda awal kencing manis semasa hamil? Apakah punca berlakunya kencing manis? Bolehkah kita elakkan dari terkena kencing manis semasa hamil? Jika terkena kencing manis, apakah makanan untuk orang kencing manis? Bolehkah wanita mengandung diet untuk elakkan kencing manis? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang pengawalan kencing manis semasa hamil dan pemakanan yang boleh di amalkan bersama saya Dr Mohamad Faisol Bin Mihat, Consultant Obstetrics & Gynaecology, Pantai Hospital Klang pada 24 November 2022, hari Jumaat. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Mohamad Faisol Bin Mihat, Pantai Hospital Klang
26 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

sy kawal gula dr awal pregnant tp tetap kena minum air gula 2x dg alasan umur dah 35 dan jarak kehamilan kali ni 10 thn, tp bila jaga pemakanan pun docter tetap ckp uri x berapa sihat sbb apa yg ibu mkn, zat tu kurang disalurkan utk baby sbb check 36w baby baru 2.2kg je, sebab2 lain kenapa ya docter

3y ago

Jawapan: Puan mengalami keadaan bayi kecil didalam kandungan. Puan boleh berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.