Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Mohamad Faisol Bin Mihat, Pantai Hospital Klang

Salam Sejahtera Ahli TAP, Seperti yang kita sedia tahu, wanita hamil wajib melalukan ujian air gula semasa hamil. Jika anda mempunyai sejarah kencing manis atau ibu bapa yang ada masalah ini anda haruslah membuat ujian ini sebanyak 2 kali sepanjang tempoh kehamilan. Pernah tak anda terfikir seperti, “Eh saya tak pernah ada kencing manis, kenapa tiba-tiba sewaktu hamil ada? “, apakah tanda-tanda awal kencing manis semasa hamil? Apakah punca berlakunya kencing manis? Bolehkah kita elakkan dari terkena kencing manis semasa hamil? Jika terkena kencing manis, apakah makanan untuk orang kencing manis? Bolehkah wanita mengandung diet untuk elakkan kencing manis? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang pengawalan kencing manis semasa hamil dan pemakanan yang boleh di amalkan bersama saya Dr Mohamad Faisol Bin Mihat, Consultant Obstetrics & Gynaecology, Pantai Hospital Klang pada 24 November 2022, hari Jumaat. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Mohamad Faisol Bin Mihat, Pantai Hospital Klang
26 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

GDM utk ibu hamil ni ada peringkat/kategori macam diabetes biasa ke doc? Jika ada, apa perbezaan rawatan utk setiap kategori sepanjang hamil, posibility utk pulih dari GDM, dan kesan pada kandungan?

3y ago

Jawapan: 1. GDM ialah carbohydrate intolerance yang di kesan semasa mengandung melalui ujian yang dijalankan. Ia tidak ada kategori/peringkat. Rawatan utama GDM ialah memastikan paras gula ibu adalah optimum dan pada masa yang sama memastikan tumbesaran bayi adalah baik. Rawatan GDM ialah penjagaan pemakanan dan bersenam diikuti ubat-ubatan ( pil dan insulin ) 2. GDM yang tidak terkawal boleh menyebabkan risiko kepada bayi . contohnya , bayi besar( macrosomia ) , air ketuban banyak( polyhdramnios ) , kedudukan bayi tidak normal ( abnormal lie ) , kelahiran pra matang ( premature labour) dan lain lain