Jahitan ...

Salam Saya bersalin anak pertama kena gunting. Doc & nurse kata ambil masa 7-10 hari untuk pulih. Cuma perlu rajin buat sitz bath. Hari ni dah hari ke-7 benang byk yg jatuh bila buat sitz bath. Cuma saya rasa sakit bahagian isi mcm kena gam. Ni tanda dah nak baik ke? Saya rasa area jahitan tu betul2 melekat mcm ada something nak keluar dari bawah tu pun ada lagi2 bila tunduk sikit, rasa melekat & sakit

16 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya 2nd degree tear. Tak berapa nak ingat brpa lama luka sembuh, tapi ambil masa lebih kurang 2 - 3 minggu juga. Saya buat sitz bath tapi tak setiap hari. 15minit untuk setiap sesi. Ada nurse suruh buat, tapi ada yang larang. Tapi depends dengan diri sendiri. Bagi saya, kena pastikan luka tu sentiasa dalam keadaan kering. Rajinkan lap dengan tisu setiap kali selepas membuang. Ubat yang KK bagi pun rajinkan sapu tapi pastikan kawasan jahitan tu kering baru sapu guna cotton buds. Minggu pertama minta suami buatkan sebab badan sakit bila membongkok sikit walaupun bersalin normal. Minggu kedua bila badan dah rasa sihat sikit, saya guna cermin muka yang kecil untuk memudahkan proses mengelap dan menyapu ubat. So far luka sembuh dengan baik dan tiada rasa ngilu sepanjang proses penyembuhan.

Baca lagi