Sesi Tanya Pakar bersama Cik Charlene Marie Samuel, Pengarah Urusan Autism Behavioral Centre (ABC)

Adakah akademik anak yang menjadi keutamaan parents? Risau anak baru umur 2 tahun tapi masih belum pandai bercakap? Atau adakah anak dikira sebagai speech delay jika kurang bercakap dan bergaul dengan mereka yang sebaya pada umur 4 tahun? Jom tanya semua soalan anda mengenai perkembangan & kesihatan mental anak anda bersama pakar jemputan kami iaitu Cik Charlene Marie Samuel, Pengarah Urusan Autism Behavioral Centre (ABC) pada hari Khamis, 15 Julai 2021, jam 4 petang. *NOTA : Sebarang soalan diluar daripada topik dan waktu yang ditetapkan akan dipadam atau tidak dijawab.

Sesi Tanya Pakar bersama Cik Charlene Marie Samuel, Pengarah Urusan Autism Behavioral Centre (ABC)
19 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Hi doktor, Anak saya berumur 1 tahun 9 bulan dan kurang bercakap. Dia tak ada langsung menyebut perkataan yang jelas contoh 'mama' , papa'. Perkataan dia lebih kepada 'abu' sambil sembur air liur. Bulan depan dia ada appointment dengan doktor kk untuk pastikan sama ada dia speech delay atau tak. Anak saya mmg tinggal di rumah saja dan saya work from home. Jadi kebanyakkan masa anak saya akan bermain sendiri atau menonton TV sewaktu saya bekerja. Saya tak pasti apa yg patut saya buat untuk bantu perkembangan anak saya supaya normal. Saya selalu juga bermain2 dan bercakap2 dengan anak saya jika saya bercuti atau sudah habis kerja.

Baca lagi
4y ago

Hello puan. I am happy puan sudah buat appointment dengan doctor. Untuk buat test di rumah, please google “MCHAT” and complete the screening tool. From the screening, the results terus keluar to indicate if there is a delay or signs if autism. Apa puan boleh buat sekarang is to spend more time dengan anak puan. At least 1-2 hours main main, and try gunakan perkataan simple bila berkomunikasi dengan anak puan. All the best!