Dilema puasa ke tak

Ramai yang bertanya saya boleh puasa ke kalau saya pening, muntah, tak larat dan sebagainya. Ada yang lagi parah, siap muntah darah, pening sampai nak pitam, perut kerap mengeras, baby tak gerak. Ibu ibu sekalian, kalau ibu ibu rasa kalau ibu ibu puasa tapi boleh mendatangkan kesan buruk untuk anak dalam kandungan, ibu ibu boleh je berbuka puasa. Ikut badan sendiri, tak perlu tanya pendapat orang lain. Kalau orang lain jawab, "takpe ibu teruskan je puasa, benda tu normal etc", ibu pun teruskan jela puasa walaupun ibu rasa tak sedap hati dengan kandungan. Bagus untuk ibu ibu yang boleh puasa seharian tanpa ada masalah. Ada jugak ibu ibu yang paksa untuk berpuasa walaupun sedar diri tu tak berapa larat sampai pening, muntah. Ya Allah ibu??!! Kenapa nak berpuasa sampai paksa diri tu. Nak tunjuk hebat ke? Ibu ibu kesian la dengan baby dalam kandungan ibu. Islam itu memudahkan. Puasa boleh diganti, baby dalam kandungan tu tak boleh diganti. Baru hari kedua puasa, dah ramai bertanya benda yang sama. Agaknya sampai habis puasa la kan ibu ibu ni akan bertanya 😅 walaupun dah tau jawapan tu sendiri. Tak marah pun, teguran sikit je tanda sayang. Selamat berpuasa ibu ibu !

16 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

saya first mom juga, usia kandungan baru nak masuk 7week, setakat harini masa 1st day je saya dapat full puasa sampai buka, tapi lepas dari berbuka tu saya dah rasa lain badan, rasa ketat nak bernafas + muntah, 2nd day puasa semula tapi pukul 10 dah tak boleh tahan, so berbuka ke, harini pon sama, puasa macam biasa tapi 10.30 dah rasa pening2 dan terus berbuka, so in shaa Allah saya akan cuba je untuk puasa setiap hari tapi kalau badan dah tunjuk hint lain, saya akan terus berbuka

Baca lagi