Dilema puasa ke tak

Ramai yang bertanya saya boleh puasa ke kalau saya pening, muntah, tak larat dan sebagainya. Ada yang lagi parah, siap muntah darah, pening sampai nak pitam, perut kerap mengeras, baby tak gerak. Ibu ibu sekalian, kalau ibu ibu rasa kalau ibu ibu puasa tapi boleh mendatangkan kesan buruk untuk anak dalam kandungan, ibu ibu boleh je berbuka puasa. Ikut badan sendiri, tak perlu tanya pendapat orang lain. Kalau orang lain jawab, "takpe ibu teruskan je puasa, benda tu normal etc", ibu pun teruskan jela puasa walaupun ibu rasa tak sedap hati dengan kandungan. Bagus untuk ibu ibu yang boleh puasa seharian tanpa ada masalah. Ada jugak ibu ibu yang paksa untuk berpuasa walaupun sedar diri tu tak berapa larat sampai pening, muntah. Ya Allah ibu??!! Kenapa nak berpuasa sampai paksa diri tu. Nak tunjuk hebat ke? Ibu ibu kesian la dengan baby dalam kandungan ibu. Islam itu memudahkan. Puasa boleh diganti, baby dalam kandungan tu tak boleh diganti. Baru hari kedua puasa, dah ramai bertanya benda yang sama. Agaknya sampai habis puasa la kan ibu ibu ni akan bertanya 😅 walaupun dah tau jawapan tu sendiri. Tak marah pun, teguran sikit je tanda sayang. Selamat berpuasa ibu ibu !

16 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Kan! geram tgk soalan² org tnya, tak salah nak tnya tpi soalan tu tak cerdik yee tahu 1st mom, sy pun 1st mom mmg niat dr awal taknak puasa dan akn ganti puasa & byr fidyah akn dtg. Islam ni mudah jgn merumitkan. Kalau puasa, dag rasa something tak kne dgn bdn / bby sila berbuka, mana yg kerja tu kalau puasa skli pun extra lah bwk air dlm bag. Hmmmmm Bg ibu2 preg nak puasa, puasa lah smpai mana tahap kemampuan bdn if tak tahan jgn lah paksa diri, cakap serba salah lah dah puasa smpai pkl 2 ke 12 ke 6 je syg nak buka. hmmmmm syg nak buka atau pun diri tak kesian kat anak dlm perut. puasa boleh ganti & bayar fidyah. Ank tu tk boleh ganti. hmmmmm kadang tah tak faham... Bukan tak suka org tanya² pasal puasa ni. Dah tahu jawapan kan? so kenapa perlu susah kan diri. Ustaz dah ckp bila kita puasa kita risau dekat anak dlm perut tu, auto puasa kita tu sia sia ye (makhruh) kalau kita yakin anak ok kita puasa pun insya allah di terima. Rajin² google. done bebel hahahahahahaha

Baca lagi
1y ago

byk dgr bila puasa mmg bby ad mslh.. nk mencuba xslh.. jgn smpai memaksa kan.. xde nk dibangga kn pn dpt puasa mse preg klo blh mudaratkan diri/bby..