kanser payudara
PUNCA KANSER PAYUDARA Ramai yang bertanya saya tentang punca sebenar kanser payudara. Jika kita tahu, tentu mudah kita elakkan. Maka tidaklah menjadi mangsa kanser payudara yang menakutkan itu. Punca sebenar kanser payudara masih lagi belum diketahui dengan tepat tetapi banyak kajian menunjukkan beberapa faktor yang boleh merangsangkan seseorang wanita kepada mendapat kanser payudara. Pada saya sendiri, terlalu sukar untuk menunjukkan satu faktor yang boleh menyebabkan seseorang wanita mendapatkan kanser payudara. Selalunya ia disebabkan oleh pelbagai faktor yang disatukan. Jadi bagai mana mengetahui kita berisiko. Dalam banyak buku teks Textbook of Surgery menggariskan terdapat dua kategori faktor yang meningkat seseorang mendapat kanser payudara. Pertama, faktor yang tidak boleh diubah. Kita tidak mampu mengubah atau mengelakkan faktor2 ini. 1. Faktor usia. Mereka yang berumur 50 tahun ke atas mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding dengan wanita berusia 50 tahun ke bawah. 2. Faktor sejarah keluarga. Wanita yang mempunyai ibu, ibu saudara atau saudara perempuan (adik atau kakak) yang pernah mempunyai kanser payudara, mereka mempunyai risiko yang lebih tinggi. 3. Sejarah perubatan. Wanita yang pernah mengalami kanser payudara, mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser semula (pada sebelah payudara yang lain) Kedua, faktor yang boleh diubah. Kita mampu mengubah atau mengelakkannya. 1. Minum alkohol. 2. Wanita yang tidak pernah menyusukan anak lebih tinggi risikonya mendapat kanser payudara. 3. Mengambil ubatan yang mengandungi hormon. 4. Kurang melakukan senaman. 5. Obesiti. Mengapa penting mengetahui faktor yang meninggikan risiko kita mendapat kanser payudara? Pertama, wanita itu yang mempunyai "faktor risiko yang tidak boleh diubah" akan lebih berhati-hati jika ada ketulan atau ketumbuhan dalam payudara mereka. Mereka harus melakukan pemeriksaan doktor dengan lebih kerap. Kedua, mereka harus mengubah gaya hidup mereka, terutama berusaha untuk mengurangkan berat badan, mengambil pemakanan yang lebih sihat, melakukan aktiviti fizikal, tidur yang mencukupi dan menangani stress dengan lebih baik. Melakukan pemeriksaan dan mendapatkan diagnosa yang awal, dapat merawat kanser payudara dengan lebih baik dan berkesan. Oleh itu jangan rasa takut jika ada masalah ketumbuhan pada payudara. Ia boleh jadi ketumbuhan yang tidak berbahaya. Atau mungkin kanser tahap satu yang lebih mudah dirawat. Dapatkan pemeriksaan doktor yang berpengalaman. Carilah sokongan dari sahabat yang memahami. Dalam beberapa kajian yang dijalankan oleh Marina Cruz-Lozano dan Adrian Gonzalez di universiti Sepanyol, pengamalan Minyak Zaitun Extra-Virgin yang kaya dengan bahan antioksida semula Hydroxytyrosol. dapat membantu pesakit kanser dalam rawatan. Hydroxytyrosol bertindak secara langsung ke atas sel stem kanser payudara, dengan ini dapat mengurangkan bilangannya, menurunkan sifat aggresif sel kanser dan mengawal kapasiti sel kanser dari terus berganda. Boleh baca kajian yang telah dilakukan oleh para saintis di Sepanyol dalam journal terkenal European Journal of Nutrition. rujukan : "Hydroxytyrosol inhibits cancer stem cells and the metastatic capacity of triple-negative breast cancer cell lines by the simultaneous targeting of epithelial-to-mesenchymal transition, Wnt/β-catenin and TGFβ signaling pathways" Diterbitkan dalam European Journal of Nutrition 58(Suppl 1) · November 2018. Semoga bermanfaat.