Penuh Ilmu Keibubapaan dan Booth Menarik, Meriahnya International Babywearing Week 2019!
Penggunaan baby wearing sememangnya memudahkah urusan harian dan menguatkan bonding antara bayi dan ibu bapa. Malah di Malaysia, baby wearing semakin mendapat sambutan malah mempunyai komuniti tersendiri yang saling menyokong antara satu sama lain. Pada 2 November yang lalu, Malaysian Babywearers telah menganjurkan event sempena Minggu Menggendong Bayi Sedunia atau lebih dikenali sebagai International Babywearing Week (IBW) 2019 bertempat di The School at Jaya One, Petaling Jaya. Buat pengetahuan anda, ramai ibu bapa yang datang menyertai bersama bayi malah majoriti pengunjung memakai baby wearing ergonomik! Pasti anda dapat bayangkan kemeriahan acara ini apabila masing-masing mempunyai citarasa yang sama bukan? Acara yang diadakan percuma untuk pengunjung ini menawarkan pelbagai booth menarik, ceramah mengenai pemakaian dan tips penyusuan ketika menggendong bayi, perbincangan mengenai kelahiran secara semula jadi, demo perbuatan sabun, persediaan untuk penyusuan badan, rawatan semulajadi untuk kesihatan/kecantikan dan banyak lagi! Sempena kerajaan mewajibkan penggunaan carseat kereta tahun hadapan, terdapat juga talk tentang pemilihan carseat yang betul untuk anak. Bagi kanak-kanak pula, ada disediakan ruang DIY untuk mereka menyibukkan diri sementara para ibu bapa menyertai aktiviti lain. Tambah menarik, acara ini juga menyediakan ruang untuk ibu ayah mencuba baby carrier dengan percuma dan mendapatkan nasihat tentang cara pemakaian yang selamat, cara guna wrap/ringsling/ssc/mehdai dan belajar cara backcarry dengan betul. Sebagai rakan media rasmi, theAsianparent berkesempatan turut sama memeriahkan sambutan International Babywearing Week 2019 ini. Diharap tahun hadapan, ramai lagi ibu bapa yang berpeluang bersama-sama meraikan sambil mendapat lebih maklumat tentang keibubapaan melalui acara ini.