Bayi sebulan + tak tidur siang
Normal ke baby 1 bulan 23hari tak tidur siang.. Ni dah hari ke 3 baby tak tidur siang, Kerap nangis , Dah check pampers , Dah sapu2 Perut dia dengan minyak telon / minyak kayu putih .. Lepas susu dah sendawa kan .. Asyik kentut, Berak 3/4 sehari lembut dan tak keras warna kuning murstad , Tapi dia tidur sekiranya dia bangun jam3.30 subuh sampai ke jam4 petang belum tidur . Bila bagi tidur , dia akan tidur sekejap dalam 2/3minit dan bangun semula dan menangis , baby akan tdo dalam petang jam4 atau jam5 selepas tu kita bg dia mandi , dia bgn dalam 2/3Jam dan tidur lagi sehingga la jam1/2/3 tengah malam Tula masa dia bangun .. Ada masa nya akan nangis teruk dan gosok mata dia.Saya dah buntu nak fikir mcm mana? Kesian dan takut dengan baby.. Perlu ke saya bawa ke hospital ?? saya risau baby berat drop .. susu pula dia kuat menyusu , Susu Formula dan Susu badan.. Saya Campur sebab saya pesakit darah tinggi dan minum ubat darah tinggi , farmasi dah pesan sekiranya makan ubat jarakkan 5jam, So terpaksa bagi formula juga sebab dalam masa 5jam takan baby tak minum susu kan .. Btw saya minum ubat darah tinggi Amlodipine 10mg..