Umum Pregnancy

Nak tanya, first time pregnant bila mommy semua umum pregnancy ya? Takutlah sebab kita tak tahu apa perasaan org lain .. takut jd pape kat baby dan diri #mohonbantujawabbunda #firstmom #firsttimepreggy

21 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya bagi tahu mak dngn suami je. Lepas tu dah 3 bulan baru bagi tahu staff office sebab nak maklum bos yang saya pregnant & perlu ada pengganti nnti๐Ÿ˜‚ kalau orang luar tu dia tengok perut nnti dia tanya sendiri lah.. kalau tanya saya cakap ya ada isi je. Kalau tak tanya tu biar je๐Ÿคญ dengan mil & adik beradik belah suami pun tak tahu. Tapi masa balik kg diorang yang tanya sendiri. Saya iya kan je. Bukan taknak bagitahu tapi biar lah mereka tanya sendiri.. sebab ada pengalaman gugur. Saya jadi takut nak heboh dekat orang. Suami saya pun macam tu tak ada maklum dekat family belah dia.

Baca lagi

Kalau tak umum lagi tenang journey pregnancy tu percayalah. Tapi kalau family atau kawan2 rapat tahu takde masalah pun. Nampak perut besar orang akan tahu sendiri, sebab tak boleh nak sorok pun. Tak stress nak dengar expectation, comparison dan orang judge macam2. Enjoy je pregnancy journey dengan happy and tenang.

Baca lagi

Saya just bgtau dkt parents and siblings je masa dpt tau mengandung. Inform boss masa 12 weeks ke atas sbb dia kena tau keadaan kita plus nak checkup apa semua nnt. Yg lain tu tunggu dah nampak baby bump baru dorang perasan i mengandung. Buat mcm ni rasa tenang. And make sure ckp dgn boss taknak ada anyone tau i mengandung. Sbb kita taktau org suka or not kita mengandung. So better play safe.

Baca lagi

xdek umum dkt sesapa pun kecuali husband & mak kite sendiri masa awal2 pregnancy. bg sye xperlu pun umum dkt org . klau nk sgt bgthu atleast biarlah after 4m sbb masa ni baby dh kuat skit. yg lain2 thu sendiri bila perut dah besar & masa family gathering je.

TapFluencer

Tak umum sebab mmg bukan jenis yg share everything even dengan family. Bila sesiapa perasan/tanya, baru kita iyakan. Tapi tak ada masalah nak umumkan bila2 pun. Ada orang dapat kekuatan hadap morning sickness mood swing etc dgn share dgn orang sekeliling.

Maaf, pendapat sy prefer x umum dekat sesape.. Kalau nak bagitau pun cukup parents n siblings je, yg lain x perlu pun.. Kalau yg tau, tau la.. Bila dah bersalin bleh la war2 dekat fmly/kawan2 terdekat.

saya bagi tahu kwn rapat n family sahaja. lepas tu saya mc sebab ada spotting, bos pegi umum waktu mesyuarat y saya spotting n mintak doakan saya. ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ habis 1 tmpt keje tahu

Saya da masuk 5 bulan baru orang tegur kita cakap jela ye. Selagi orang tak tegur memang tak cakap. Dengan family sendiri pun tak cakap masatu. Saya dengan husband memang diam je

Sy umum dekat family lepas 3 bulan sbb nak buat solat hajat panggil family terdekat tu jer.. cukuplah yg terdekat jer tahu.. sbb ada sejarah pernah gugur.. so, diamยฒ sudah.. โค

bgtahu mak ayah & adik beradik bila tahu pregnant. bgtahu kawan rapat. bagitau yg jumpa facetoface sbb dia dah nampak perut. umum open? takde. tak perlu

Baca lagi