Need to know
Nak tahu mcm mna sakit nk bersalin ya sorry first mom

Pengalaman anak pertama 9 tahun lepas induce 2x rasa terlalu berat di pinggang. Tapi bukaan maksimum 4cm end up czer. Tapi Alhamdulillah pengalaman czer saya mudah. tak sengeri pengalaman rakan dan saudara yang pernah dengar. Luka cepat baik dan takda rasa sakit berterusan kecuali lenguh di pinggang sehingga baby berumur 6 bulan. Pengalaman ke dua (unknown pregnancy) gugur - spotting, esoknya period cramp dan sakit pinggang sehingga tak boleh duduk langsung hanya terbaring dari pagi. rupanya bukan period tapi bleeding. Maghrib nak mandi keluarlah seketul gumpalan darah beserta kantung lendir. Kandungan ke 3 sekarang berusia hampir 14w. Alhamdulillah mashaAllah perkembangan baby baik, ibu pun sihat dah habis alahan mual dsbnya. insyaAllah dapatlah timang anak kedua February 2023 dalam keadaan mudah, lancar, selamat dan kedua-dua kami sihat sahaja. Saya doakan sis-sis yg lain juga dapat rezeki dipermudah urusan bersalin. Jangan susah hati. Selalu berdoa dan bersangka baik dengan Pencipta kita. Envision yang indah-indah, dengan doa dan tawakal lah dengannya. Aamin ya Rabb.
Baca lagi


