Barut Baby
Nak beli barut baby tp tak tahu nk beli yang mna.. Apa beza barut tali atau barut zap velcro tu? Mana lebih elok? Mommy sume suka pakai kn baby barut yg mna satu?

BARUT BUKAN PENGHALANG KEMBUNG PERUT PADA BAYI Barut bayi bukan pelindung kepada kejadian kembung perut bayi. Masalah kembung perut bayi sering terjadi terutama pada 6 bulan awal kelahiran. Ia berlaku kerana ruang dalam abdomen bayi masih kecil kalau nak dibandingkan dengan organ di dalamnya. Sebab kembung perut bayi terjadi: Cara penyusuan yang tidak betul. Bagi kes guna botol susu – Botol terlalu condong, lubang puting terlalu besar hingga bayi menelan udara bersama. Bagi kes kedua-dua menyusu botol dan direct feeding – Bayi tidak disendawakan selepas menyusu. Memberi botol susu kosong dengan alasan mahu bayi tidak menangis juga antara punca bayi kembung perut kerana menyedut udara sahaja. Bayi menangis terlalu banyak pun boleh menyebabkan kembung perut Penghadaman atau pemilihan susu yang kurang sesuai lalu menghasilkan banyak gas. Tetapi, bagi kes kembung perut disertai dengan rasa abdomen yang keras disertai dengan muntah, tidak kentut atau tidak membuang air dalam tempoh masa yang lama ataupun cirit-birit dan bayi sering kelihatan lemah atau tidak bermaya, bawa bayi anda berjumpa doktor.
Baca lagi

