Folic Acid 5mg dan OBIMIN

Hi mummy.. nak tanya mummy smua amalkan yg mana? saya ada dapat folic acid dari hospital dan masa buat buku pink kk bagi sy obimin.. skg sy dah pregnant 9 week.. mne lagi better sy ambil? folic acid 5 mg atau obimin yg ada pelbagai vitamin tapi folic acid rendah x smpai 5mg?

22 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
Expert

Salam sejahtera puan. Untuk makluman anda, obimin juga mengandungi folic acid, jadi sekiranya anda masih ada vitamin folic asid sebelum ini, anda boleh mengambilnya bersama pil obimin tersebut untuk menghabiskannya, dan jika telah habis anda hanya perlu makan obimin sahaja tanpa perlu menambah suplemen folic asid. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.

Baca lagi
4y ago

Terima kasih atas komen puan, untuk makluman anda obimin mengandungi zat besi, folik asid, dan beberapa vitamin lain seperti vitamin B. Fungsi obimin ini adalah untuk memberi zat yang secukupnya ketika kehamilan, antara yang penting termasuklah fungsi zat besi bagi memastikan paras darah merah pada tahap normal serta folik asid dan vitamin lain ibu perkembangan bayi dan kesihatan ibu hamil itu sendiri.

Mkn la dua2.. Sy ape yg kk bg saya mkn selagi boleh makan. Sy dlu mase buat bku smpi msuk 4bln kk tmpt sy bg folic acid,vit b complex,iberet zinc. Skng ni dah tukar ke obimin. Dalam folic acid tu bayi mmg perlukan utk membentuk saraf tunjang otak. Sy sblm preg hmpir stgh taun mkn folic acid.

Rasanya folic acid tu memang bagus ibu hamil ambil untuk bentuk saraf tunjang otak baby, so boleh je teruskan sekali dgn Obimin pink dah kalau kk bg. Sebelum plan untuk mengandung pun perempuan digalakkan untuk ambil folic acid.

Makan je ubat yg klinik bg tu. Klu nk tukar ubat kne tnya pndangan doc. Dlm obimin tu smua dh ada siap acid folic & vitamin2 yg dperlukan. So jgn pndai2 tukar ubt sndiri. Pe2 nk wt kptusan kne fkrkan baby sis.

VIP Member

Sebenarnya untuk yg nak merancang pregnant atau dah pregnant, folic acid 400mcg cukup. Tak perlu tinggi2, sebab antara side effect lain adalah sembelit. Lagipun new obimin bagus sebab vitamin dia all in one

Doc ckp obimin tu dia cmpur skali folic acid+vit b cmplex+iron tablet..sama jer dgn yg satu2 tu..cuma snang jer la mkn 1 tu..tp sy mkn yg 3 tu nurse kat klinik yg bg..

Sy mkn dua2. Bila dah 3rd trimester, just mkn obimin saja. 😊 cuba try tanya nurse nt mcm mana. Kalau nurse kt tmpat sy, dia kata mkn obimin saja pun dah cukup.

VIP Member

Ikut yang doktor suggest mommy. Kalau klinik bagi obimin then makan jela apa yang diberi. Kalau tanya yang bagus untuk ibu mengandung ambik, bagi saya dedua okay

Mula2 saye beli new obimin . Pastu beli asid folid . Bile tanye balik doc cakap mkn obimin je . Asid folid tapayah mkn . Sebab obimin adr zat besi + folid asid

rasa macam boleh but cuba check dengan doctor juga. takut kalau body takleh terima nanti muntah2