Masa Untuk Menang Hamper Bernilai RM250!!
Mudah sahaja caranya, Mommies! Ikuti langkah-langkah yang telah ditetapkan di sini: https://community.theasianparent.com/contest/komen-menang-hamper-raya-dari-ferns-n-petals/1470


Assalamualaikum dan salam buat semua sejahtera warga TAP 💖. Salam Ramadan 🌙🕌 Makanan kesukaan saya yang pasti disediakan pada Hari Raya Aidilfitiri adalah ketupat, rendang, lontong, kuah kacang dan lemang. Manakala untuk snek, beraneka jenis biskut raya pasti disediakan. Antara yang wajib adalah biskut semperit. Biskut semperit ni adalah biskut kesukaan mak saya. Selain tu, antara biskut wajib kami adalah biskut kacang, biskut almond Landon dan tart nenas. Rasa gembira dan excited nak beraya bersama keluarga. Sejak berkahwin pada tahun Dec 2018, saya tak pernah lagi beraya di rumah keluarga saya 🥲. Kerana banyak faktor, antaranya beraya dirumah mertua -2019, mertua tiba2 jatuh sakit, balik berziarah dan kebetulan stuck dirumah mertua ketika PKP hinggalah Aidilfitri -2020, PKP dan saya sendiri bekerja di pagi Raya -2021. Saya ni orang yang berkerja shift. Kadang saya kerja shift malam, shift siang, shift weekends, public holiday. Dapat bercuti daripada kerja pada hari Raya adalah anugerah yang tak terhingga sekali. Semoga raya tahun ni adalah raya yang memberi seribu erti buat saya. Moga saya dapat meraikannya bersama emak dan adik beradik tercinta, menziarahi puasa arwah ayah yang telah lama meninggal dunia sejak saya sekolah rendah lagi dan menziarah sanak saudara di Kampung. Moga ada rezeki untuk saya memenangi set hamper ini untuk saya dikongsikan rezeki ni bersama sanak saudara yang lain. Allahumma Aamiin 🤲🏻💕
Baca lagi