Nak tanya lah
Mommys semua nak tanya lah.. Boleh share tak cara penjagaan pantang CEZER.. Boleh pakai bengkung apa? Boleh berurut ke? Kena buat apa? Sbb sy tkt mcm kena cezer jew ni Placental previa tahap 2 dah 😅 Senang nak rujuk nanti #advicepls #ingintahu #pleasehelp

Bagus, puan lebih bersedia dgn sebarang kemungkinan samada direzkikan vaginal birth atau direzkikan ceaseran. Saya last minit lepas bersalin baru upah tukang urut. 😅 Musim raya pula tu. Apapun kena survey perkhidmatan tukang urut. Macam saya czer, ada tukang urut kata selepas 2 minggu boleh urut. Ada yg kata seminggu boleh urut. Ikut kemahiran dan perkhidmatan masing-masing. Tukang urut bagi pakai bengkung. Tapi saya yg tak selesa. So, saya pun tak pakai pun bengkung. Saya slow walk dan senaman kegel dan lain2 senaman utk betulkan pelvic dan otot berkaitan. Rahim pun selesai mengecut selepas 10 hari bersalin dek direct breast feeding sekali pakej rengat. Rengat tu sakit tapi bagus sbb tu proses pengecutan rahim. Layan je macam layan contraction / heavy period pain dgn slow walk, minum air suam, tuam abdomen. Nnt keluar darah nifas banyak. Ok la tu. Klu czer, pihak hospital akan bekalkan ubat utk tak buat bekukan darah selepas bersalin. Buat tu tiap2 hari. Minum air kosong secukupnya. Slow walk setakat yg mampu dapatkan Vitamin D drpd cahaya matahari pagi bg peredaran darah lancar. Jangan tak makan sumber protein dan vitamin C bg pemulihan luka dgn baik. Amalkan pemakanan sihat, diet suku-suku separuh pun memadai. Pastikan kesan czer sentiasa kering dan bersih utk elakkan jangkitan bakteria. Elakkan stress. Didik diri tenang & happy.
Baca lagi

