Hospital swasta dan kerajaan
Hi mommy , nak tanya pandangan uolls. Bersalin kat hospital mana yang okay? Good in service . Area kajang , bangi , putrajaya. #firstmom #pleasehelp #bantusharing #hospital

Saya dua kali bersalin kat hosp kajang je. Yg first normal, second czer. Both saya rasa best, selesa dan puas hati. Layanan mungkinlah tak mcm kat hospital swasta, tp still saya rasa puas hati sgt. Pakar pun ramai. Tiap kali round, mmg pakar pun akan dtg check. Makanan pun sedap je kat tekak saya, dpt ramai kawan baru. Nurse pun okay je. Masa saya lepas czer haritu, saya mmg tak larat nak bangun. Kesan bius lambat hilang. Nurse dtg few times jugak utk tukarkan pad sampailah saya boleh bangun sendiri gi toilet. Setakat pengalaman saya, takde la kena marah dgn nurse. Siap gurau² lg ada. Plus, bil mmg mesra poket. Saya czer + anak kena tahan nicu dua tiga kali pun (sbb rebound jaundice), lebih kurang rm500 je total² semua. Czer pun alhamdulillah jahitan sgt kemas dan cantik. Anak kat dlm nicu pun dijaga elok. Waktu menyusu, tukar pampers semua dijaga. Rasanya depends la pada sis. Kalau jenis yg tak cerewet, boleh duduk dlm wad ramai², okay je kat government pun. Tp kalau sis expect utk dpt layanan sepenuhnya n ada bajet lebih, pilihlah swasta. Saya selalu fikir, kita duk hospital ni sekejap je. Tak lama mana pun. Nak betul² selesa, mmg tunggu balik rumah la.
Baca lagi

