Weight Gain.

Hi Mommy! Nak masuk 28 Weeks dah.. Ada tak mommy yg pregnant macam saya tapi berat sama je seperti sebelum pregnant? Saya tak kurus, berat 75kg juga.. Untuk baby ke-2 ni pun macam firstborn saya juga.. Takde alahan langsung.. Bulan puasa memang tak puasa sebab doktor risau berat tak naik langsung, check up 3, 4 hari sebelum raya berat turun 3kg macam berpuasa walaupun tak berpuasa.. So, jadi 72kg.. Lepas raya, sibuk makan lemang jadi naik ke asal iaitu 75kg... Sampai la sekarang gitu je.. Alhamdulillah baby okay, membesar dengan baik cuma berat saya yg tak naik2.. Kalau dgn firstborn dulu overall weight gain 8kg.. Yg ni kat situ je... Jom share cerita mommy2 semua!

17 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Alhamdulillah.. Total weight gain 3kg je sepanjang pregnancy.. Siap overdue lagi, induce then cesarean kerana jalan tak buka.. Pregnancy end 41 weeks 2 days, bersalin pada 19 Oct 2019, jam 11:07am.. Baby Girl 3.23kg..