Oh ada... Mostly mommy alami alahan mcm nie. Sy sendiri alahan kt makanan sampai bersalin. Berat naik sepanjang kehamilan 500gram sahaja. Berat pula makin menurun. Apa sy buat, sy makan sahaja. Kerapkan makan. Sy x boleh miss waktu makan. Tp sy elakkan makanan pedas, makanan yg masam, makanan bersantan, makanan berempah. At least sy boleh masuk makanan di goreng. Tp lpastu pun sy akan muntah. Ada mommies kata kerap makan mcm buah, kekacang, supaya jgn bg perut masuk angin. Sy x boleh. Kena makan makanan berat. Tp lpastu pun muntah. Mkn apa2 pun muntah. Sampai 1 peringkat, sy muntah keluar gastric juice. Pagi2 sebelum makan pun wajib muntahkan yg gastric juice yg hijau tu. Kalau x, sepanjang hari rasa x sedap perut. Dkt2 nk bersalin, sy hanya boleh makan mihun sup x pedas, mkn sebelum pukul 8pm, baru lah sy dpt tido lena. Kalau x sebelum2 tu haru biru hidup. Hehehehe. Dah 2 tahun lebih pun anak sy skarang. Untuk awak, jgn takut untuk makan. Takut lah kalau awak x makan, baby pula takut x cukup nutrisi. Awak makan apa sahaja, tgk mana serasi dgn badan awak.
Baca lagi