Komen & Menang Buku Dari Baba Baa!

Menang buku audio muzikal untuk si kecil dari Baba Baa! Terhad untuk 5 pemenang! Sertai di sini: https://community.theasianparent.com/contest/komen-menang-5x-baba-baa-buku-audio-muzikal-bawang-putih-bawang-merah/1285

Komen & Menang Buku Dari Baba Baa!
4400 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Saya ingin menang buku audio Muzikal Bawang Putih & Bawang Merah kerana ia adalah sebuah buku yang boleh menarik minat pada anak saya untuk membaca, melihat dan menyentuh buku tersebut serta dalam masa yang sama berhibur sambil belajar. Ia sangat bagus untuk usia anak yang baru nak belajar bercakap dan baru hendak belajar mengetahui tentang apa itu buku, bunyian dan sebutan yang boleh anak belajar. Ia baik untuk merangsang kemahiran motor anak ketika ini. Selain daripada itu buku ini boleh di bawa ke mana sahaja dan mudah untuk anak pegang dan melihat sendiri serta mendengar dan belajar menyebut dan sangat membantu anak dalam pembelajarannya nanti. Selain berhibur dengan menyanyi anak dapat belajar sesuatu tentang cerita klasik dongeng rakyat yang cuba di sampaikan dan di ceritakan dalam bentuk buku yang menarik ilustrasinya serta mempunyai audio bagi membuat jalan penceritaan yang di sampaikan jadi menarik lagi memudahkan anak faham penceritaannya yang ingin di sampaikan hanya dengan menggunakan buku yang mempunyai audio. Saya suka buku keluaran baba baa ni kerana ia sangat membantu anak saya. Saya sudah lama ingin memiliki buku ini untuk anak. Sebab sebelum ini kami pernah mempunyai buku baba baa yang WORDS yang mana ada 3 bahasa iaitu bahasa melayu , bahasa inggeris dan bahasa cina. Anak suka sangat dapat mempelajari bunyi haiwan dan sebagainya. Harap anak saya dapat juga memenangi buku Bawang Putih & Bawang Merah, kerana kami dah lama risik buku ini untuk anak bagi menambah koleksi yang kami ada dalam mendidik anak. Saya pasti jika anak saya dapat menangi buku ini dia akan rasa gembira dan tersenyum bila dapat buku yang dia minati.Moga ada rezki anak saya..aamiin..

Baca lagi