Masalah Suami

Maaf terpaksa tanya dekat sini sebab taktahu nak meluah pada siapa 😔 Saya telah berkahwin lebih kurang 7 bulan & sekarang tengah pregnant 2nd trimester. Suami saya kantoi layan porn. Dah beberapa kali kantoi. Saya pernah tanya dia. Kenapa buat macamtu sedangkan yang halal dah ada? Akhirnya jadi tak bercakap (gaduh) & dia langsung tak bagi penjelasan. Hanya diamkan diri. Akhirnya berbaik dengan sendiri. Sebab sampai 3-4 hari masing2 tak bercakap. And malam tadi lagi sekali kantoi. Saya rasa kecewa, down, sedih yang teramat. Rasa insecure sangat dengan diri sendiri. Sebab suami dah bosan dengan saya ke sampai dia kena layan benda tu? Saya tak pandai layan suami ke? Tuhan je tahu kecewanya saya. Takut ada yg ingat suami saya gay, tak, dia layan porn biasa bukan porn gay. Kenapa perlu layan benda tu sedangkan bila saya minta “bersama” ada beberapa kali suami menolak. Ada ke isteri dekat sini yang isu sama seperti saya? Dah kahwin pun suami tengok benda tu? Kenapa sampai suami nak layan porn tapi tak layan isteri sendiri bab nafkah batin? Serius saya rasa down sangat. Nak luah taktahu dekat sape sebab benda melibatkan aib rumah tangga. Pendam sendiri sampai taktahu berapa kali dah nangis & sampai rasa nak bercerai dengan suami 😭

19 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Tabiat lelaki terpesona dgn porn mmg x blh kita stop nafsu mereka, unless mereka sendiri yg stop dgn iman .. Mereka perlu rasa sendiri salah pada diri utk hari akhirat. Lelaki perlu juga ada rasa malu menonton berkali kali menggunakan mata. Kita tak blh tolong mereka hanya berdoa utk mereka ada rasa segan supaya tak terpandang kali kedua jika kali pertama tak sengaja. Mata lelaki harus memandang ke bawah apabila melihat dan bertutur dgn perumpuan supaya pandangannye bukan dgn cara yg tdk elok. Itu ujian dunia dan zaman kini semuanye online lg ramai rosak bila guna jln salah. Sis, berdoa dan sis tiada kekurangan berbanding dgn perumpuan lain sbb allah dah bina baik diri sis seadanye sbg perumpuan. Doakan saja utk hubby supaya dia taubat dan doakan utk wanita yg sdg menjual diri tanpa sedar dosa yg membebankan mereka tanpa ilmu. Apabila kita sbg perumpuan membincang topic gini sbb sakit hati secara terbuka bygkan dunia skrg dah rosakkan manusia tdk rasa segan spt dahulu kala sbb teknology mengembang terlalu advance. Sabar sis, harap kita blh ajar dan tanam akhlak yg baik pd bakal genarasi anak muda. Supaya ada rasa tabiat malu utk membincang atau menonton perkara gini kelak. Sewaktu ramadhan kita mengawal utk pahala sesudah ramadhan kita mula balik berdosa sbb manusia

Baca lagi