Masalah Suami

Maaf terpaksa tanya dekat sini sebab taktahu nak meluah pada siapa 😔 Saya telah berkahwin lebih kurang 7 bulan & sekarang tengah pregnant 2nd trimester. Suami saya kantoi layan porn. Dah beberapa kali kantoi. Saya pernah tanya dia. Kenapa buat macamtu sedangkan yang halal dah ada? Akhirnya jadi tak bercakap (gaduh) & dia langsung tak bagi penjelasan. Hanya diamkan diri. Akhirnya berbaik dengan sendiri. Sebab sampai 3-4 hari masing2 tak bercakap. And malam tadi lagi sekali kantoi. Saya rasa kecewa, down, sedih yang teramat. Rasa insecure sangat dengan diri sendiri. Sebab suami dah bosan dengan saya ke sampai dia kena layan benda tu? Saya tak pandai layan suami ke? Tuhan je tahu kecewanya saya. Takut ada yg ingat suami saya gay, tak, dia layan porn biasa bukan porn gay. Kenapa perlu layan benda tu sedangkan bila saya minta “bersama” ada beberapa kali suami menolak. Ada ke isteri dekat sini yang isu sama seperti saya? Dah kahwin pun suami tengok benda tu? Kenapa sampai suami nak layan porn tapi tak layan isteri sendiri bab nafkah batin? Serius saya rasa down sangat. Nak luah taktahu dekat sape sebab benda melibatkan aib rumah tangga. Pendam sendiri sampai taktahu berapa kali dah nangis & sampai rasa nak bercerai dengan suami 😭

19 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Dulu husb saya macam husb sis. Jenis saya, suka gaduh dulu drpd bincang but one day, bila saya tengok macam berterusan, saya open up dgn dia. 1st jawapan dia, dia takut. Takut in case membahayakan pregnancy saya sbb saya pernah pregnant, tak perasan and keguguran. 2nd, kawan² husb bantai nasihatkan jangan bersama sbb pregnancy masih awal. Apa yg saya buat, mmg memula tu kita down sbb igt kita yg prob ke, something wrong with our body ke kan? Sis cuba bawak berbincang dulu. Ajak dia duduk. Explain dkt dia. Macam saya, saya cakap directly depan muka dia yg saya mampu and pregnancy saya tak berisiko kalini. Asalkan 1st trimester, buang luar. 2nd and 3rd buanglah dalam. Jgn risau, itu kita yg control. Cakap dgn dia macam tu. Or else, sis henyak je husb sis. Dia reject ke apa ke, itu hal no 2. Jgn tggu dia mntk, sis bg je. Kalau kerap sgt reject, baru sis mengalah and igtkan dia psl dosa dan haram layan porn.

Baca lagi
3y ago

Dalam kes saya ni, saya tak rasa puncanya suami tak berani nak bersama sebab saya pregnant. Sebab banyak kali saya yang mulakan dulu, dan ada juga share dekat dia few articles tentang hubungan seks semasa pregnant ni. Suami tetap sama. Menolak ajakan saya untuk bersama. Ketagihan porno tu buat dia tak bernafsu dengan saya 😔