besar sebelah...
maaf nak tanya, nak buat mcm mana ye kalau cikb besar sebelah. sy dah google dan buat yg diajar, banyakkan menyusu dan pam sebelah yg kecil tp tak jadi pun dah sebulan buat tetap besar sebelah 🤣 tak cantik dilihat satu hal, bila pakai bra satu ngam2 satu bergoyang2 haihhh tak selesa 😭

Normal jika selepas menyusu anak breast sebelah lain saiz. So, bergilir-gilir belah payudara semasa menyusu. Bila kita tak susukan anak, nanti dlm sejam saiz sama juga. Jika berterusan besar sebelah walaupun beberapa jam tak menyusu, buat pemeriksaan dgn doktor ya puan. Salah satu simptom breast cancer. Pernah kena kat kawan saya dari menyusu anak ke 2 hingga hamil anak ke 3. Maknanya dia biarkan je. Dia ingat besar sebelah sbb penyusuan- admitted wad sbb sakit belakang sangat, hospital swasta tak dpt detect cancer. Hanya fokus sakit belakang je. Masa event keluarga, dia tiba2 kaku, tapi bernafas, refer ke hospital besar, detect breast cancer. Dia Koma. baby pre mature dlm kandungan kena emergency czer. Survive. Setahun lebih gitu, Allah lebih sayangkan kawan sy tu. Anak dh besar sekolah. Bukan nak takutkan, just reminder supaya kita ambil penting perubahan tubuh kita. Dapat detect awal lg bagus. Masa saya hamil, ada ketulan di ketiak pun saya risau, refer ke doktor. Doktor check, syukur, hanya radang drpd kulit.
Baca lagi

