🏡 Kediaman Anda Selepas Berkahwin

👰🏻🤵🏻Lepas kahwin anda duduk mana bersama pasangan? Ada yang duduk rumah sendiri terus? Atau ada yang duduk dengan mertua? Jom kongsikan dengan Min dan ibu-ibu lain!

 🏡 Kediaman Anda Selepas Berkahwin
117 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

D- duduk rumah sendiri (sewa). Bayangkan, dapat kunci seminggu sblm akad nikah. Alhamdulillah suami & kawan-kawan dia bersihkan rumah & cat sama2. Memang sebelum nikah, memang kami nak duduk sendiri. Masa keluarga saya berkenalan dgn suami (masa tu belum nikah) ada hikmah kakak ipar tanya dia, lepas nikah, dah plan duduk mana? Soalan cepumas tu, untuk dia sebagai suami kena bertanggungjawab menyediakan tempat tinggal dia dan isteri sekeluarga. 🥰 Lepas semalam/ 2 malam akad nikah, tidur di rumah abah saya (tempat akad nikah dan walimah) , terus bawa hadiah kahwin yg penuh satu kereta ke rumah sendiri. Hehe. Kenangan. 💕

Baca lagi
2y ago

saya lepas nikah tido hotel baru duduk rumah sewa😂