bahaya pemakaian korset

Lebih ketat, lebih bahaya Ramai yang sangka dengan pemakaian korset akan memperbaiki postur anda, hakikatnya pemakaian korset ketat untuk jangka masa panjang akan akibatkan otot belakang tubuh menjadi lemah dan memburukkan masalah sakit pinggang. (Melainkan dengan nasihat doktor untuk pesakit tulang belakang) Pemakaian korset juga akibatkan tulang rusuk dihimpit dan kapasiti paru paru berkurangan sebanyak 30-60%! Untuk jangka masa panjang akan berlaku radang didalam paru paru yang menyebabkan masalah pernafasan kronik. Sistem penghadaman akan terhimpit menyebkan asid dari perut naik ke esofagus menyebabkan gejala GERD. Bayangkan, jika terlalu ketat, saluran darah ke organ penting akan terganggu. Apa akan terjadi pada buah pinggang dan hati? Anda mungkin memakai korset untuk kegunaan majlis majlis tertentu dan untuk jangka masa pendek sahaja. Untuk memakainya dalam masa yang panjang, ia adalah satu penderaan dan penginayaan kepada tubuh yang sangat menyedihkan.

bahaya pemakaian korset
1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Terima kasih di atas perkongsian.