MINTA TOLONG BAGI SEMANGAT SIKIT..

Kecewa dengan layanan nurse dan doc dekat KK. Anak sulung umur 1tahun3bulan sekarang mengandung nak masuk 9minggu. Check dekat KK kena masuk dekat 3bilik untuk buka buku pink. Setiap bilik yg kena masuk tu semua bising anak jarak dekat siap gelak sinis tau. Rasa macam tgh buat salah paling besar. Paling tak boleh lupa doc tu ckp “Ada buat perlumbaan ke nak mengandung ni smpai terkejar² nk anak lagi?”, “tak kesian ke dekat anak tu nnti sape nak jaga?” Hati ni rasa mcm nak jawab je!! Tapi sebab kan dah kena dkat setiap bilik yg masuk tadi terus takda mood nak menjawab. Rela diamkan diri. Lepastu doc ajak scan, tgh scan baby tak nampak tapi kantung ada. Terus dia bagi tarikh lain untuk dtg scan lagi sekali tapi tak bgitau pkul bape kena dtg. Bila tnya doc terus jawab “dtg pagi lah, senang nnti kalau tak nmpak ke apa terus pegi hospital je haritu” tak jaga hati betul. Dah lah scan ala kadar jee. Dia roll kan scan tu kat perut ada lah dlm dua gerak je, terus kata haa baby tak nmpak pun, dtg next appmnt lah.. mcm tu je hmm Ikut kan pregnant sebelum ni bersalin normal, takda sejarah yg teruk semasa mengandung pun tapi bila kena layan mcm ni rasa teruk sgt ke atau salah besar ke mengandung anak jarak dekat ni??? Betul ke 9minggu masih tak boleh nmpak baby? Tapi doc just bagitau kantung ada je. Ke perlu check dkat klinik swasta? Risau nii. #pleasehelp

45 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Akak pernah kena mcm ni masa tahun 2019. Pregnant dah 7w. Pergi kk lps tu masa tu sister kat kk yg bukak buku pink. Dia punya bebel sbb masa tu umut dah 40. Kita ni tunduk je x menjawab. Dgn down rasa lagi. Elok2 balik naik kereta trus gugur. Dia x tau kita struggle lps anak no 2 trus allah x bagi anak dah last umur 18 tahun😔Lps tu baru ni alhamdulillah umur 43 allah bsgi rezeki mengandung lagi. Kebetulan first tu jumpa doktor pakar india.. Mmg baik sgt2. Bagi kata semngat sampai kita nangis dgr nya. Siap pesan kat saya lps ni siapa2 yg cakap mcm tu trus report kat dia. Alhamdulillah ni dah 6bln lebih baby sihat dan aktif. Semalam rezeki jumpa semula doktor pakar tu happy dia tgk kita masih bertahan dan ikut nasihat dia. Kadang doktor ni x sama peelnya. Sama juga dgn nurse2 yg kita jumpa. Ada yg ok ada yg puaka. Lps ni kalau jumpa yg jenis mulut x de insuran ni.. Awak doa dpn2 muka dia.. Doakan ya allah saya mohon dia rasa apa yg saya rasa ya allah. Nahhh tgk lps tu dia cakap banyak lagi ke tak😁. Kalau saya mmg kene smash dah tu. Abis semua kerja tuhan dia nak buat ye tak. Sekali sekala kene jugak bagi dia kesedaran betui tak. Geram pulak saya haishhh

Baca lagi