🤩 JOM Menang Produk Babyhood Bernilai RM1,028! Sertai Hari Ini, Parents!

Kami sedang mencari 1 orang pemenang bertuah untuk membawa pulang Babyhood Bassinette Grey & Nappy Bin!! Anda rasa anda layak? Cepat, sertai di sini: https://community.theasianparent.com/contest/cari-menang-bersama-tap/1675?lng=en

🤩 JOM Menang Produk Babyhood Bernilai RM1,028! Sertai Hari Ini, Parents!
88 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Cara Mengatasi Bayi Menangis di tempat tidur: Jawapan ; 1) Lampin kotor Biasanya si manja akan menangis apabila lampin mereka kotor dan ia menyebabkan rasa tidak selesa. Sudah tentu tangisan adalah cara untuk menyatakannya! Ini menjadi antara sebab paling mudah difahami ibu bapa. Malahan kebanyakan parent akan memeriksa bahagian lampin terlebih dahulu apabila si kecil menangis. 2) Lapar Eh…tengah tidur pun boleh lapar ke? Itu bukan sesuatu yang mustahil ya wahai mommies. Perut si kecil tidak boleh menerima makanan yang banyak dalam 1 tempoh masa. Keadaan tersebut secara tidak langsung akan mengakibatkan bayi lebih cepat berasa lapar. Walaupun anda melihat bayi tidak terjaga sepenuhnya tetapi merengek, berikan bayi susu segera atau nanti makin kuat rengekannya! 3) Suhu yang tidak sesuai Kalau tidur dalam keadaan suhu yang tidak selesa seperti terlalu panas atau sejuk, pastinya sebagai individu dewasa pun anda akan terjaga, bukan? Maka suhu juga mungkin menjadi faktor punca mengapa bayi menangis ketika tidur. Jika anda meletakkan terlalu banyak lapisan selimut pada si manja, mungkin anda perlu mengurangkannya bagi memberikan mereka keselesaan. Perhatikan suhu bilik, pastikan ia berada dalam keadaan yang bersesuaian dengan si manja. 4) Mahukan perhatian Ada masanya, si manja menangis hanya kerana mereka mahukan perhatian anda. Mungkin mereka mahu dipeluk dan berasa dilindungi. Sentuhan yang diberikan anda membuatkan mereka sedar bahawa anda berada di sekitar mereka. Ini terutamanya bagi si kecil yang baru dilahirkan. 5) Rasa takut, mimpi buruk Bagi si manja yang baru melihat dunia, pastinya ia 1 keadaan sangat berbeza berbanding ketika mereka di dalam rahim. Perkara-perkara baharu ini akan diproses di dalam tidur sebagai mimpi. Jadi tidak mustahil untuk mereka berasa takut dan mendapat mimpi buruk, bukan? Tetapi bolehkah si kecil bermimpi ngeri? Sudah tentu boleh cuma tiada siapa dapat memastikan apakah yang mereka mimpikan.

Baca lagi