🤩 JOM Menang Produk Babyhood Bernilai RM1,028! Sertai Hari Ini, Parents!

Kami sedang mencari 1 orang pemenang bertuah untuk membawa pulang Babyhood Bassinette Grey & Nappy Bin!! Anda rasa anda layak? Cepat, sertai di sini: https://community.theasianparent.com/contest/cari-menang-bersama-tap/1675?lng=en

🤩 JOM Menang Produk Babyhood Bernilai RM1,028! Sertai Hari Ini, Parents!
88 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua rakan-rakan. Kita santai-santai je ye 😁 Sebelum bercerita lebih lanjut mengenai cara mengatasi bayi menangis di tempat tidur, kita mesti la nak tahu dulu kan sebab apa dia menangis? Bayi tu dari dalam rahim dia dah rasa selamat. Dia dah rasa seperti dipeluk, dah rasa selesa sebab mengikut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Acta Paediatrica bayi dah dengar bunyi yang terhasil dari rahim ibu semasa 10 minggu terakhir usia kandungan. Jadi, sebenarnya bayi ada 1 perasaan resah, bila kita tinggalkan dia, dia boleh rasa macam kita jauh atau dikenali sebagai separation anxiety @ keresahan perpisahan. Selain tu juga, anak kita akan menangis sebab dia tak biasa kena tinggal. Senang cerita, perbezaan suasana. Panjang saya berceloteh, baiklah, berbalik pada tujuan asal, ada beberapa cara untuk kita atasi bayi menangis di tempat tidur. Antaranya adalah : 👉🏻Pujuk dan berikan kata semangat, meskipun kita rasa kasihan tengok dia nangis, kita kena pujuk dia, cakap baik-baik sambil usap belakang dia. intonasi suara lembut ibu atau ayah akan buat dia rasa tenang. Secara tak sengaja kita dah "transfer positive vibe" kepada bayi kita. 👉🏻Berikan bayi mainan kesukaannya, bila dia dah terleka bermain, perasaan "insecure" tu akan hilang perlahan-lahan dan dia berhenti menangis. 👉🏻Jangan dukung dan bawa anak ke bilik untuk hentikan tangisan dia, tak dinafikan kita akan risau bila dia nangis, tapi biar je dulu, pujuk je dia baik-baik. 👉🏻Jangan tinggalkan anak sekiranya dia masih belum tidur, ikut pengalaman saya, saya atau ayah dia akan bercakap dan bercerita sambil usap kepala dia, perlahan-lahan anak saya akan tidur dan bila dia dah lena baru lah saya akan tinggalkan dia. Ini apa yang saya buat setakat ni alhamdulillah anak saya tak menangis. 👉🏻Banyakkan bersabar ye, betul kita kena pandai kawal emosi, sebab dengan riak wajah anak akan tahu kita marah atau suka dengan dia. Cuba bayangkan kalau kita stress dan mula tarik muka depan dia, mesti dia resah dan mula nak menangis kan? haa jadi kita kena tenang, sentiasa buat "deep breathing exercises" supaya kekal tenang dan sabar. Saya pun kadangkala hilang sabar juga, tapi cubalah buat exercises ni, insyaAllah berhasil. Terima kasih TAP dan BabyhoodMalaysia berikan saya peluang untuk sertai contest, banyak input dan ilmu yang saya dapat, dan saya selitkan juga pengalaman saya dalam menjaga 2 orang anak. semoga ada rezeki bayi ketiga saya🫶🏻 ❤️Salam Sayang❤️

Baca lagi