🤩 JOM Menang Produk Babyhood Bernilai RM1,028! Sertai Hari Ini, Parents!

Kami sedang mencari 1 orang pemenang bertuah untuk membawa pulang Babyhood Bassinette Grey & Nappy Bin!! Anda rasa anda layak? Cepat, sertai di sini: https://community.theasianparent.com/contest/cari-menang-bersama-tap/1675?lng=en

🤩 JOM Menang Produk Babyhood Bernilai RM1,028! Sertai Hari Ini, Parents!
88 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

i) Jika anak menangis dalam katil bayi, pujuk & beri kata kata semangat atau galakan 💞 Pujuk anak anda, usap perlahan belakangnya sambil bagi kata-kata semangat, contohnya "Jangan menangis, ibu kan ada dekat sini teman adik" atau "jangan risau mama tak tinggalkan adik.." ii) Berikan mainan kesukaannya 💞 Anda boleh tinggalkan mainan kesukaan di katilnya supaya dia tidak berasa keseorangan dan tidak menangis bila anda tinggalkannya. iii) Jangan selalu mendukung dan membawa anak ke bilik anda untuk hentikan tangisan 💞 Hal ini kerana, jika anda berbuat demikian, anak anda akan terus nangis sebab dia tahu bahawa anda akan bawa dia ke bilik anda iv) Jangan tinggalkan anak ketika dia masih segar 💞 Anda boleh tidurkan anak anda sehingga betul - betul lena atau tunggu di katil nya.. Dengan cara ini akan dapat mengelakkan anak anda dari terus menangis atau merengek disebabkan anda tinggalkan dia di katilnya. v) Banyakkan bersabar 💞Jika anak anda menangis atau merengek disebabkan anda tinggalkan dia, anda harus bertenang kerana jika anda berada di dalam keadaan bertenang dan terkawal maka anak anda juga akan menjadi tenang juga. Jangan terlalu menunjukkan anda sedang tertekan atau marah kerana itu akan memburukkan lagi keadaan. 💕Good luck ibu-ibu sekalian, Kita ibu yang hebat! Semoga ada rezeki untuk anak saya yg bakal lahir, terima kasih theAsianparentMalaysia & BabyhoodMalaysia ❤️

Baca lagi