🤩 JOM Menang Produk Babyhood Bernilai RM1,028! Sertai Hari Ini, Parents!
Kami sedang mencari 1 orang pemenang bertuah untuk membawa pulang Babyhood Bassinette Grey & Nappy Bin!! Anda rasa anda layak? Cepat, sertai di sini: https://community.theasianparent.com/contest/cari-menang-bersama-tap/1675?lng=en
Cara untuk mengatasi bayi menangis di tempat tidur .. 1💜Jika anak menangis dalam katil bayi, pujuk dan beri kata-kata semangat atau galakan seperti:- Pujuk anak anda dan usap perlahan belakang badannya sambil memberikan kata-kata semangat seperti, “Jangan risau, ibu tak tinggal adik.” atau “Shhh, jangan menangis. Kan ayah tengah teman ni.” Kata-kata lembut sebegitu sedikit sebanyak dapat menenangkan si anak. 2💜Berikan mainan kesukaannya . Cara ini akan dapat membuatkan anak anda merasakan yang dia tidak berseorangan di dalam katilnya. Malah, anak anda juga akan tidak menangis berpanjangan lagi apabila anda meninggalkannya di katil bayi mereka. 3💜Jangan selalu mendukung dan membawa anak ke bilik anda untuk hentikan tangisan. Apabila anak menangis dan minta didukung keluar dari katilnya, anda juga tidak sepatutnya berbuat sedemikian! Apabila anda mula berbuat demikian, anak anda akan berterusan menangis kerana dia tahu anda akan mendukungnya pergi ke bilik anda. 4💜Jangan tinggalkan anak ketika dia masih segar. Anda boleh menunggu dan menidurkan anak anda sehingga dia betul-betul terlena. Apabila sudah pasti akan hal itu, barulah anda bergerak meninggalkannya perlahan-lahan. 5💜Banyakkan Bersabar. Cubalah untuk bertenang supaya anda dapat mengawal situasi dengan terkawal. Semoga ada rezeki baby D yg bru berusia 20D . Aminnn😆😊
Baca lagi