Sesi Tanya Pakar bersama Puan May Hwong, Jurulatih Keselamatan Penumpang Kanak-kanak (MIROS)

Kami bawakan khas kepada anda Sesi Tanya Pakar kali ini bersama Puan May Hwong, Jurulatih Keselamatan Penumpang Kanak-kanak (MIROS) tentang cara yang betul membawa pulang bayi baru lahir daripada hospital. Ajukan persoalan anda di ruangan komen berkaitan Bagaimana Cara untuk Membawa Bayi Baru Lahir Pulang daripada hospital dan segala persoalan berkaitan topik ini akan di jawab terus oleh pakar kami pada hari Khamis, 3 petang. Baca lebih lagi di sini : https://community.theasianparent.com/q/berbulan-bulan-anda-membuat-perancangan-bagi-menyambut-kedatangan-si-manja-dan/3002868 Read more here : https://my.theasianparent.com/bring-baby-home/web-view *NOTA : Segala persoalan di luar topik tidak akan dijawab dan akan dipadam. Soalan yang melebihi waktu yang ditetapkan juga berkebarangkalian tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar bersama Puan May Hwong, Jurulatih Keselamatan Penumpang Kanak-kanak (MIROS)
28 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Macam mana nak pasang car seat agar dia secure? Selalu macam gerak2 lah

4y ago

Rujuk car seat manual dan check kalau car seat dipasang dengan betul, seat belt ikut belt path yang betul dan ditarik ketat. Check juga kalau seat belt terbelit dan tidak tersangkut di mana2. Setengah car seat ada locking clip merah atau biru. Kalau ada, rujuk manual untuk cara pemakaian yang betul.

Kalau tak pakai car seat tak boleh ke? Bukan lagi senang pangku ke?

4y ago

Ini amat merbahaya. Ada kemungkinan besar baby akan tercampak keluar sekiranya kemalangan berlaku. Tak kira destinasi dekat ke jauh, baby wajib pakai car seat juga.

Baby boleh kena aircond ke? Or nanti nasuk kereta buka tingkap?

4y ago

Lebih baik kalau buka aircon untuk menurunkan kepanasan di dalam kereta sebelum masuk. Yang penting kalau baby selesa, dia tidak akan merengek. Cuaca di Malaysia memang panas. Adalah kebiasaan pakai aircon kan? Baby boleh dibedung atau diselimut seperti contoh dalam artikel berikut.https://my.theasianparent.com/car-seat-untuk-newborn/

Apa cara paling selamat untuk bawa baby balik rumah?

4y ago

Hi Anis. Cara yang paling selamat adalah dengan baby car seat yang sesuai dengan baby baru lahir, dan boleh dipasang dengan kemas di dalam kereta. Sila rujuk kepada artikel berikut untuk tips membawa baby di dalam kereta. https://my.theasianparent.com/car-seat-untuk-newborn/

Can I feed my baby his bottle in the car seat? Is it safe?

4y ago

To avoid choking hazards, it is advised to find a safe place to park the car before feeding baby. After feeding, you still need to take baby out for a burp and that would be very dangerous if the car is still moving. Plan your stops around baby's feed time and the driver can take a break too!

Apa yang perlu saya prepare sebelum bawa baby balik?

4y ago

Car seat yang sesuai untuk baby dan senang dipasang dalam kereta. Sila rujuk artikel berikut untuk panduan memilih dan mengguna car seat untuk setiap perjalanan dalam kereta. https://my.theasianparent.com/car-seat-untuk-newborn/

Hingga berapa umur baby kena guna car seat?

4y ago

Sudah wajib di Malaysia sekarang untuk pakai car seat sampai umur 12 tahun, 36kg dan kurang dari 136cm.

Dah start ke belum eh sharing ni?

4y ago

Dah Puan. Ada apa-apa soalan yang Puan nak tanya?